home
login::signup
we::blog

To Sir with Love.

Pak Menteri cakap bapak/ibu2 guru jangan memikirkan sangat tentang ganjaran, tetapi perlu mengutamakan mendidik anak bangsa. 
 
Aku sangat tak setuju dengan cakap2 begitu. 
 
Sejak dari dulu, antara pekerjaan yg sentiasa mendapat 'tabik' dari aku ialah guru dan doktor. Memang jelas nampak berjasanya mereka yang berkhidmat dibidang ini. 
 
Mungkin bidang ini nampak amat mudah. Kerja setengah hari, kemudian rehat setengah hari lagi. Tetapi dengan persiapan mengajar yg perlu dibuat, ko-korikulum yg perlu diatur dan diselia, urusan2 sekolah yg perlu diuruskan serta berbagai ragam anak murid yg perlu di tangani (belum campur ragam guru besar lagi), aku rasa bidang ini perlu dedikasi serta ketahanan jiwa dan mental yg tinggi. 
 
Cubalah selami susah payah guru2 di pendalaman Sabah dan Sarawak. Cubalah lihat kebajikan guru2 di kampung2 di pendalaman hutan Pahang. 
 
Memang benar kata NUTP, mereka hanya mahukan tidak di layan seperti 'rakyat kelas kedua' di dalam perkhidmatan awam. 
 
Mengikut seorang rakan guru, perkhidmatan2 lain di beri kursus di Hotel atau di Intan sebelum ujian PTK, tetapi guru2 tidak dapat peluang begitu. Bila ditetapkan masa, terus pergi ambil ujian. 
Hasilnya ? Ramailah yg tak lulus. 
 
Aku bukan seorang guru, tapi sentiasa akan tabik dgn guru2. 
 
Pak Menteri Oiii, sendiri mau ingatlah siapa yg mongajar ekau masa ko kecik2 dulu. Sendiri pandai ka ? Kalau tak susah payah cikgu2 kat sekolah tu, takdo la kau kek tompat tu. Apa laaa susah sangat nak pikir. Hormatlah sikit kat cikgu2 tu... Jangan ingek kau dah pangkat bosar tu nak main cakap ajo...ikut sodap mulut kau ajo... 
 
Kalau tak paham jugak, cuba baca sajak pak Tongkat Warrant ni... 
 
Guru Oh Guru 
(SN Usman Awang) 
 
Berburu ke padang datar, 
Dapat rusa belang kaki; 
Berguru kepalang ajar, 
Ibarat bunga kembang tak jadi. 
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
 
 
Dialah pemberi paling setia 
Tiap akar ilmu miliknya 
Pelita dan lampu segala 
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa. 
 
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat 
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat 
Seribu tahun katanya menjadi hikmat. 
 
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. 
 
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya 
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota 
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu 
Dia adalah guru mewakili seribu buku; 
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa 
Semakin bererti tugasnya kepada negara. 
 
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku 
Budi yang diapungkan di dulang ilmu 
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat 
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

last modified Nov 23, 2004 at 18:56



[ add a comment ]

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca


Rangkap ini pernah dititipkan buat cikgu2 saya semasa menyambut hari guru di mrsm dulu... arghhh... rindunya pada cikgu !!!!

129028 | posted by selendangbiruu on November 24, 2004 at 12:29

tanpa jasamu guru, siapa lah aku hari nie.. jasamu tetap ku kenang...

128999 | posted by adiema on November 24, 2004 at 9:33