home
login::signup
we::blog

Kecapi kicap dan menjerat diri sendiri.

Entah kenapa perkataan kecapi mengingatkan kepada kicap. Mungkin sebab sebutan nyer yang hampir sama. Semasa memandu pulang semalam, ternampak di belakang sebuah bas, terpampang iklan tentang kekeluargaan dengan gambar sekeluarga sedang makan. Dan antara hidangan nyer ialah jantung pisang. Alangkah bagusnyer jika jantung pisang di kecapi dengan cili potong, hirisan bawang, perahan limau dan kicap. Dan tema iklan ialah 'Kecapilah.........'. Dah tak ingat apa perkataan yg berikutnya, sebab dah terliur2 mengingatkan jantung pisang dan kicap asam limau. Biasalah bila perut lapar...berbagai gambaran makanan terbayang2. 
 
Seorang selebriti membuat laporan polis tentang gambar sensasinya yg heboh dizaman tok kadok dulu. Oleh kerana dia seorang 'idola masyarakat' maka gambar2 begitu memang menarik perhatian walaupun berlambak2 lagi gambar2 sensasi lain di internet. Bila orang lain dah tidak ingat cerita2 dulu, mengapa di gembar gembor kan kembali. Mengapa tidak kecapi saja kedamaian dari kisah2 dulu. 
 
Sekarang gambar itu akan kembali menjadi tumpuan ramai dan pakar2 grafik komputer sedang di rujuk untuk menentukan kesahihannya. Kalau sahih bagaimana ? Tidak kah itu menjerat diri sendiri namanya ? 
 
Mungkin memang mainan hidup orang2 selebriti mencari berita2 yg buleh menaikan rating masing2. Tak tahu lah...tapi kalau nak menjerat diri sendiri tu... tak dapek la den nolong nyer....  
 
Apa2 hal pun, hari ni jom kita kecapi jantung pisang di celur bersama kicap asam limau ! Nyamaaannnnnnnn......

last modified Nov 25, 2004 at 18:07



[ add a comment ]