home
login::signup
we::blog

segalanya mungkin.

tiada daya dan upaya kita 
segala berserah kepada NYA 
 
sesaat gembira, sesaat berduka 
sebentar sihat, sebentar sakit 
semalam kaya, hari ini papa kedana 
 
semuanya hanya pinjaman cuma 
yg akan di ambil bila2 masa 
tiada sesiapa dapat menghalangnya 
 
adakah kita masih menunggu 
petanda besar tiba dipintu 
baru nak mengubah hala tuju 
 
berbagai peristiwa sudah terjadi 
akhir zaman kian hampiri 
siap siagalah menghadapi 
 
bukanlah senjata atau wang ringgit 
juga tidak pangkat dan darjat 
yg dapat menjadi pendinding kita 
untuk menghadapi fitnah2 dunia 
juga bencana yg bakal menimpa 
 
iman di dada dan amalan agama 
yg patut di bina sejak mula  
inilah sahaja penolong kita  
dgn restu yg Maha Esa 
 
ampunkan kami oh Tuhan,  
si pelupa (insan) yg duduk dengan si penipu (dunia) 
bimbingan Mu kami perlukan !

last modified Dec 30, 2004 at 1:31



[ add a comment ]