|
Bukan nya apa...tapi nak kata jugak..
LOS ANGELES 27 Dis. - Pegawai Amerika Syarikat (AS) yang mengesan gempa bumi kuat di utara Sumatera kelmarin bertungkus-lumus cuba memberi amaran mengenai ombak besar tsunami yang menyusulinya. Bagaimanapun sistem amaran rasmi tidak wujud di rantau berkenaan kerana bencana sedemikian hanya berlaku di sana sekali dalam tempoh 700 tahun, kata ketua Pusat Amaran Tsunami Pasifik, Charles McCreery semalam. ``Kami cuba melakukan segala yang terdaya,'' kata McCreery, ketua pusat yang terletak di bawah Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan AS itu. "Kami tidak ada nama di dalam buku alamat kami untuk orang yang boleh dihubungi di dunia sebelah sana.'' ------------------------------------------<>----------------------------------------- Perlu ke sistem amaran rasmi untuk memaklumkan bencana yg akan melanda ? Apa gunanya stesen satelite TV yg di pancar kan hampir keseluruh dunia dengan siaran berita 24 jam seperti CNN dan BBC yg memang khas untuk memancarkan berita2 ? Apa gunanya sambungan internet yg juga merangkumi hampir kesemua bandar besar ? Sayangnya dizaman teknologi maklumat serba canggih ini, masih berlaku lagi 'communication breakdown'. Sehebat2 orang2 uncle sam ni, memang bengung jugak rupanya. Sampai perkara yg sangat2 penting begitu pun tak dapat nak dimaklumkan kepada orang ramai melalui saluran yg sangat mudah. "Kami tidak ada nama di dalam buku alamat kami untuk orang yang boleh dihubungi di dunia sebelah sana.'' Apa susahnya nak cari nama di buku alamat...cari aje no. stesen tv yg gah seentero dunia tu, dan siarkan amaran. Atau siarkan dlm portal2 berita di internet. Mungkin banyak nyawa dapat diselamatkan dalam masa beberapa jam selepas gempa pertama di kesan. Walaupun begitu pasrah aje lah, jika sampai masa kita pun kena pergi juga. Dan jika belum masanya, tentu akan selamat walau bagaimana petaka menimpa seperti bayi yg selamat diatas tilam !
last modified Dec 31, 2004 at 3:54
Seandainya itulah ketetapan buat kita, pasti akan tiba tepat pada waktunya. Tak lewat dan tak cepat walaupun sesaat!

SELAMAT TAHUN BARU Semoga setahun yang berlalu menjadi panduan untuk mengemudi tahun 2005. Kita mungkin bukan pemimpin untuk orang lain, tapi kita tetap pemimpin terhadap diri sendiri. Pimpin lah dia kepada-Nya
|