home
login::signup
we::blog

20|05 ....ZO|OS

Ada nampak bayangan ? cuba tenguk di cermin ! 
 
2 jika diterbalikkan seakan2 no 5. 
 
Jadi 20 akan menghasilkan bayangan 05 ! apa maksudnya ? Adakah apa2 makna yg tersirat dalam tahun ini ? 
 
Cubalah fikir2kan. 
--------------------------------<0>------------------------------ 
Dah macam bunyi pak nujum2 pulak ceritanya ni. dah macam cerita2 'underground' yg banyak aku dengar. Ada yg cerita, tapi macam tak nak cerita. Suroh kita pikir sendiri lah dan macam2 lagi. bagi soalan yg macam2 dan suroh kita jawap ! Bengung di buatnya. 
 
Sebenarnya takde apa2 rahsia yg aku tahu tentang tahun 2005 ni.  
 
---------------------------------<1>------------------------------ 
 
Cerita2 'underground' yg aku dengar sejak dulu lagi kebanyakannya mengenai 'the chosen one', yg akan memimpin manusia dan membawa keamanan keseluruh dunia. Dan sedikit sebanyak ada kaitan ttg peristiwa akhir zaman. Ada juga yg berkaitan dgn keturunan raja jawa. 
 
Cerita ttg raja jawa yg di bawa oleh orang yg nampak begitu yakin bahawa beliau akan menjadi pemimpin umat. Kawan yg bersunggoh2 nak bagi aku paham(?) siap bagitahu aku bila artikel mengenainya keluar di The Star pada 7 Januari 2005 muka 61. Beliau ini dikatakan keturunan Bani Hashim melalui Wali Songo. 
 
Memang banyak cerita2 akhir zaman ni. Semacam 'prophecies'. Tetapi janganlah terima buta2, periksa dulu sumber2nya. Mana yg tak sahih tu, tolak tepi laa. 
 
Pada aku yg jahil ini, bukanlah kehebatan cerita2 itu yg hendak diheboh2kan. Tetapi apakah persediaan kita untuk menghadapi situasi2 itu ? Apa pun yg akan berlaku, pikirkanlah apa yg akan terjadi pada kita ?  
 
Contoh nya jika Dajjal datang di zaman kita ini, apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi fitnah yg dibawa oleh Dajjal ? 
 
-----------------------------<2>---------------------------------- 
 
memang dunia ni pun bayangan sebenarnya. bukannya sesuatu yg nyata kekal. seperti sifatnya bayang-bayang. bila hilang cahaya, dia pun hilang juga. 
 
dunia ialah bayangan akhirat.  
 
kesenangan di dunia ialah hanyalah bayangan kesenangan di akhirat. kesenangan di akhirat ialah kesenangan yg real dan berpuloh ribu juta kali ganda kesenangan nya. 
 
kesusahan di dunia ini juga hanyalah bayangan kesusahan di akhirat yg berpuloh ribu juta kali ganda kesusahan nya. 
 
pilihan di tangan sendiri, mahu yg nyata/hakiki atau cuma bayang2 ? 
 
seorang pemburu 'sharp-shooter' masuk ke hutan untuk memburu. tetapi bila setiap binatang yg di jumpanya, dia hanya menembak bayang2 binatang itu sahaja, agak2nya apakah yg akan di bawa bila keluar dari hutan ? 
 
kalu asyik tembak bayang2, keluar hutan dgn tangan kosong lah. tak bawa apa2 !

last modified Jan 10, 2005 at 0:25



[ add a comment ]

Misteri Nusantara

Jangan biarkan hidup anda diselubungi...misteri....

134063 | posted by anony on January 10, 2005 at 16:00