|
Land of the Royal Bengal Tiger
Kembali lagi kesini. Musim sejuk masih terasa. Mac nanti barulah bertukar cuaca mengikut kata orang tempatan. Rumah tumpangan dah penuh, terpaksalah duduk di Hotel. Masih ada kawan yg bersama keluarganya disitu. Itu lebih baik rasanya dari terpinga2 depan keluarga kawan tu di rumah tumpangan. Tentu yg lecehnya sebab tak boleh nak masak memasak disitu. Makanan kat sini kalau hari2 terasa juga jemunya. Itu tak termasuk lagi dengan masalah pencernaan yang terganggu. Kalau itu terjadi, semua makanan yang dibau akan memualkan perut. Alangkah lazat jika dapat makanan melayu ! Si Jean menggesa supaya lepak saja di rumah seorang pegawai kedutaan yg bujang. Sekurang2 dia tu memang terkenal ringan tulang untuk masak memasak. Si Jean sekeluarga pun pernah dijemput untuk jamuan makan di rumahnya itu. Tenguklah nanti. Selepas seminggu dua, atau setelah benar2 dapat persetujuan dari tuan punya rumah, mungkin akan kesana juga. Yang lecehnya pula, nanti akan terganggu lah aktiviti2 harian kawan tu. Itu lah pantang datuk nenek. Kalau boleh tak payah lah nak menyusahkan orang. Sudahlah jarang sangat menolong orang, janganlah pula nak menyusahkan. Jadi, untuk buat masa ini, bersaoranganlah sahaja di bilik hotel. Yg bagusnya, tidaklah ada persaingan untuk memilih saluran tv yg berpuloh2 tu dan bebas memilih fesyen untuk dipakai (didalam bilik) samada bersarong macam penarik beca disini , berbakini atau pun seluar katok sahaja. ~ selamat ...
last modified Feb 3, 2005 at 5:26
|