|
Malaysia vs England
Date : 5 Feb 2005. Place: International School, Bashundara, Dhaka. Satu perlawanan persahabatan bolasepak antara Malaysia dan England telah di adakan di padang sekolah antarabangsa disini petang 5 Feb 2005. Pasukan Malaysia yg memakai jersey merah telah di iringi oleh sekian ramai kaum keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai merangkap tukang sorak dan jurulatih tak bertauliah. Pasukan England memakai jersey kelabu menurunkan pemain2 berbadan sasa dan 2 kali ganda ketinggian dari purata pemain Malaysia. Pasukan Malaysia telah mendahului perlawanan dengan gol pertama perlawanan melalui jaringan striker adik Faris. Bagaimanapun selanjutnya pasukan Malaysia telah bermurah hati kepada pasukan England dengan memberi laluan mudah untuk mendapatkan jaringan bertalu2. Bila ditanya kemudiannya, striker harapan Malaysia ‘Mudguard’ yg kelihatan telah keluar padang lebih awal, memaklumkan yg beliau tidak dapat bergerak bebas kerana di kawal oleh 10 orang pemain England. Pasukan England kelihatan mempunyai ramai pemain simpanan yg telah kerap ditukar2 ganti yg membolehkan mereka mengekalkan prestasi kecergasan pemain2. Manakala pasukan Malaysia didapati tidak cukup pemain2 untuk ditukarganti (walaupun ada ramai jurulatih tak bertauliah merangkap jurukutuk lelaki) hinggakan terpaksa menggunakan pemain2 bawah 12 tahun dan juga seorang pemain remaja wanita. Inilah salah satu kelemahan pasukan Malaysia kerana memandangkan darjah kepancitan yg tinggi dikalangan pemain2. Di hujung perlawanan, pasukan Malaysia telah memasukkan juga jurulatih merangkap jurukutuk2 dan juga pemain2 yg baru tiba, tetapi tiada apa2 perubahan ketara yg dapat dilihat. Diwaktu wisel penamat, Malaysia tunduk kepada England dengan keputusan jaringan 12 – 1. Syabas ! Walaupun kalah di padang, tapi menang sorak. Pengurus pasukan Malaysia telah memaklumkan terdapat satu lagi perlawanan akan diadakan bulan depan iaitu dengan pasukan Hotel Sonargaon. Semuga pengurus dan jurulatih pasukan akan mengambil iktibar dengan perlawanan yg telah berlalu ini untuk mencapai kejayaan yg lebih cemerlang untuk perlawanan akan datang. Sekian sahaja. Malaysia Boleh !
last modified Feb 8, 2005 at 1:06
|