|
Hartal.
Hari ini hari kedua hartal berlansung buat kali ini. Di sini, hartal merupakan menifastasi ketidakpuasan hati terhadap sesuatu. Selalunya terhadap kerajaan, dan di anjurkan oleh parti politik. Pada bahasanya bermaksud 'stoppage', 'strike' atau mogok. Selalunya akan diikuti dengan perarakan tunjukperasaan. Sejak akhir2 ini, hartal kerap di istiharkan oleh parti pembangkang, apabila seorang bekas menteri telah terbunuh kerana di bom. Apatah lagi dengan waktu2 yg sudah hampir pilihanraya sekarang ini. Pada hari2 hartal, semua kedai akan di tutup dan pengangkutan awam juga terhenti. Sesiapa pun tidak mahu mengambil risiko untuk dicederakan atau dirosakkan harta benda pada hari itu. Tetapi rickshaw akan bermaharajalela, seolah2 jalanraya mereka yg punya. Bagi setengah2 orang, hartal bermaksud cuti ! Hinggakan ada yg ambil kesempatan untuk balik kampung sebelum hartal bermula. Begitu jugalah dengan 'transport officer' aku. Inilah masa dia cuti dari mengangkut aku kesana sini. Terpaksalah cari kawan2 yg bernasib baik kerana driver mereka tetap setia menjalankan tugas atau yg nekad utk memandu sendiri. Atau macam semalam, aku cuba naik rickshaw. Thrill ler jugak. Di pejabat ni dulu, setiap kali hartal, kena ganti pada hari Sabtu yg berikutnya. Oleh kerana kekerapan hartal telah meningkat, maka telah dikeluarkan arahan bahawa pejabat akan dibuka seperti biasa pada hari hartal tetapi dengan beberapa peringatan untuk mengelakkan perkara burok berlaku. Antaranya ialah supaya berpakaian casual ! Ramai yg menentang hartal, terutama golongan terpelajar serta para peniaga. Ini kerana ianya lansung tidak memberi kesan kepada kerajaan seperti yg di maksudkan, tetapi menyusahkan kehidupan rakyat. Paling menyedihkan bila selalunya berlaku kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda setiap kali hartal di adakan. Hartal yg sepatutnya hanya mogok yg menghentikan semua aktiviti semasa, bagi membantah dasar2 kerajaan selalu bertukar kepada huruhara dan keganasan. Ia terjadi bila perarakan2 yg dibuat di tentang oleh pihak satu lagi, serta di halangi pula oleh pihak berkuasa. Bila kemarahan di api2kan, maka semua di depan mata akan di musnahkan. Apa sahaja boleh menjadi punca kemarahan mereka yg berarak dan menunjuk perasaan. Semua ini tidak membawa apa2 kesan nyata seperti yg diharap2kan. Kerajaan tidak akan dibubarkan, hanya dengan diadakan hartal. Malah semua pihak setuju bahawa ianya cuma akan menggangu usaha utk memajukan negara yg telah lama ketinggalan ini. Ini bukan lah gagasan pembangkang sahaja kerana pihak yg menjadi kerajaan sedia ada juga telah mengadakan perkara yg sama semasa mereka menjadi pembangkang. Bagi yg berpeluang tinggal di sini tentunya akan lebih menghargai keamanan di tanah air tercinta. p/s: Tak payah risau sebab kawasan aku antara kawasan selamat di Dhaka ini. ~ selamat.
last modified Feb 15, 2005 at 4:48
|