|
Sawadee khrap !
Semalam tuan rumah ajak bersama untuk makan malam meraikan pegawai tentera yg telah tamat kursus di sini. Restoran yg dipilih ialah Thai House. Sebenarnya disini banyak restoran2 makanan Siam dan China. Sebaris dengan restoran ini saja terdapat 3 lagi restoran Thai/China. Dan antara restoran yg terkenal ialah Lemon Grass dan Ninfa's. Mungkin disebabkan kerana ramainya pekerja2 asing dari Asia Timur, seperti China, Taiwan dan Korea maka restoran2 ini dapat menampung keperluan pemakanan para expatriate2 ini. Itu belum lagi dengan kunjungan orang2 tempatan yg inginkan kelainan dari Deshi, Tikka, Kari dan masala mereka. Sebelum ini aku telah merasa masakan Thai di 2 restoran. Rasanya tidak lah seperti yg kita rasakan dimana2 kedai tomyam di Malaya. Tapi lepaslah juga rindu dendam dgn tomyam ! Di Thai House, tukang masaknya memang asli orang Thai. Kawan yg sudah hampir menjadi pemastutin tetap disini mengenalkannya kepada kami bila tukang masak merangkap owner restoran lalu di depan meja. Sawadee khah ! Ya. Seorang wanita thai ! Makanan yg disediakan sudah tentu authentic Thai food. Dan tomyam nyer...fuuhh...memang mirip dengan tomyam di kampung. Tomyam yg aku pernah aku rasa sebelum ini, macam ada rasa santan. Tapi yang ini lain. Puas rasanya makan disini dengan menu kangkung goreng, ayam dan daging serta sotong goreng tepung. Besuk makan apa pulak ya ?
last modified Feb 15, 2005 at 23:43
seronok baca pengalaman orang di perantauan.... 
|