|
Tempat port.
Kalau nak jumpa orang malaya disini, pergilah ke Blossom atau Paradise atau Asia Pasifik. Dan masa yg sesuai ialah selepas jam 9 mlm. Bagi yg bujang asli atau bujang temp, disinilah selalunya tempat melepak sambil bersosial. Bujang 3 pun join sekali sekala. Biasanya selepas 2, 3 orang tiba, kumpulan menjadi lebih besar kerana yg lain2 akan join bila dapat tahu aktiviti lepak diadakan. Walaupun mungkin nampak hanya menghabiskan masa terluang dgn berbual kosong sambil membelasah satu sama lain, ada juga kalanya perjumpaan itu menjadi tempat perbincangan ttg kebajikan orang2 malaya yg ada disini. Ini kerana antara ahli tetap adalah juga runner utk kelab malaya disini. Antara topik rutin ialah ulasan permainan golf atau EPL. Semua suka duka permainan akan diceritakan untuk di ketawakan bersama. Biasanya teh tarik jadi minuman rasmi. Dan bagi yg belum makan malam, nasi goreng udang pinggan besar makan ramai2. Walaupun ramai org malaya, tetapi ada juga ahli lepak seorang org tempatan. Nampak gayanya dia macam takda kawan2 Bangla, sebab hampir setiap malam melepak dgn orang2 malaya. Adakalanya juga, selepas itu akan pindah pulak ke Moven Pick. Makan air krim di tengah malam. Tetapi jgn lah terkejut pulak bila tenguk tempat tu masih penuh dgn pelanggan. Dan runner kelab malaya memaklumkan disitulah akan kita lihat banyak bunga kembang malam ! Macam tak percaya. Tapi setelah beberapa minit di situ, memang lah terbukti kata2 dia tu. Dan yg datang disitu pun, bukan calang2 orang, kebanyakan nya yg kayaraya, terpelajar dan juga para expatriate. Dan as usual berbagai ulasan selari di beri terhadap keindahan alam didepan mata, kuching arab lah, barbie doll, plump peach dan berbagai nama untuk menggambar bentuk muka serta tubuh. Well... man will be man ! Semalam lari sikit dari kebiasaan, kerana pergi ke Civic Inn. Di apartment sebelah nya tinggal 2 org melayu. Sorang bujang asli dan sorang bujang 3. Kerana si Jin nak bincang ttg hal office dia kat situ, jadi yg lain pun join ler melepak di situ. Banyak juga topik perbincangan, dari golf ke bola ke episod belasah membelasah hinggalah kepada kebisingan orang2 yg sedang buat kerja pembinaan di waktu malam. Si Jin menyampuk, "yg ada mem tu, bising2 ni tak jadi hal, sebab ada 'comforter', tapi bagi yg bujang tu, tension beb, heheheh " Aku pun tension ni beb ! Rasa nak terbang balik ... belasah : marah/kutuk bujang asli : bujang trang tang tang bujang temp : bujang tak bawa mem bujang 3 : ada 3 kosong lagi
last modified Feb 18, 2005 at 23:39
|