|
satu coretan panjang.
aku masih sendiri memikirkan kehidupan ku yg berlalu begitu saja tanpa apa2 perubahan pada tahap peningkatan keilmuan atau kemajuan diri, yang menyebabkan aku begitu kagum dengan diri yg tetap begini tanpa rasa sedar untuk merubah keadaan kepada tahap yg lebih baik serta bermenafaat dunia akhirat. dimana2 sama sahaja yg bukannya menjadi alasan untuk tidak dapat merubah sikap2 yg burok kelaku macam kelkatu keluar malam atau cencaru makan petang tapi tak minum pagi kalau tak kena teh tarik rasa tak sedap hati yang panas akan menjadi sejuk macam air batu kalau campur sirap ros memang lah sedap apa lagi kalau ketika panas terik sepanjang hari yg tidak berawan walaupun tak terpilu sungguh aku tak faham lagu tu buat semacam rasa kurang selesa apatah lagi aku duduk sendirian sahaja sekarang ini tanpa teman sekatil. apa lagi disini yang hiruk pikuk dengan hon2 kenderaan segala jenis di jalanraya yg sentiasa penuh dengan manusia yg kehulu kehilir seperti terlalu sibuk dengan kehidupan yg tak tahu nak berhenti dari bergerak kesana sini umpama dia sahaja yg banyak kerja untuk diselesaikan tanpa alasan yg munasabah untuk terus begitu tanpa rasa jemu atau lesu dan dengan muka selamba walau dimarah di herdik atau di ketuk cota si polis yg kadang2 bengung untuk menjaga trafik bagai menunjuk lagak dia yg berkuasa di jalanraya. hanya pandai bicara tanpa rasa bersalah atau pun membuat orang rasa curiga apa lah gunanya tidak akan membawa kemana2 hanya pedih dihati yg tersentuh dengan tingkah laku pelik yg tak perlu diteruskan walau berbagai alasan diberi untuk membenarkan diri untuk masih begitu leka dengan hasutan nafsu serakah berahi wanita tanpa baju atau celana dalam gua penuh gelap dan misteri nusantara yg masih belum terurai kusutnya benang dengan jarum dalam lipatan juga duri dalam daging yg tidak akan berhenti2 menikam diri hingga berdarah nanah penuh kudis buta seperti si babi yg dibutakan oleh pak Hassan dalam memanjakan anaknya si Saz-zli !
last modified Feb 20, 2005 at 6:48
selendang biru : barang 1 purnama lagi baru dapat saya pulang. memang haru biru tak keruan laa adanya sekarang ini.
loppiess : tuan juga memberikan rupa pada coretan saya.
membaca lagu lagu / senikata lagu yg keluar dari weblog tuan mengembalikan saya pada waktu2 yang tertinggal di belakang. Walau tak dapat di gapai kembali namun petikkan gitar Ebiet kembali berdenting seulas seulas membawa saya mengembara ke dataran nostalgia.
saya menyusur emosi tuan, ia penuh dengan helaian helaian halus yang mohon di sirami dengan kelembutan saban ketika. Cinta dan rindu, alam atau barangkali dunia yang tersembunyi, di sembunyikan oleh getaran getaran anugerah Tuhan yang tak diperolehi oleh semua orang.
desakkan desakkan itu akan menuntut tuan berkarya yang kemudian saya turut mengongsinya.
di keheningan malam ini termanggu-manggu aku menyusuri entry mu yang berpusu-pusu jelas kau tunjukkan ketakkeruanmu lalu aku pun buntu...
eheheheh... sorry termengarut merepek meraban di sini... peace 
kapan bapaknya mau pulang ya..?
|