|
Pemutihan.
[cerita dan skrip asal oleh Sumbat] Satu hari tu aku pi meting dgn orang2 kerajaan dan operator2 telekomunikasi. Ada sorang pakcik ni, tenguk muka nampak bodo aje. Bila dia tanya soklan, mmg sah bangangnya. Dia dok kat hujung. Nampak serius aje dengaq. Orang2 kementerian dok cerita la hal untuk melegalisedkan menara2 telekomunikasi yg banyak atas bangunan2 dikawasan utara tu. Depa panggil operasi tu sebagai pemutihan menara2. Panjang lebaq laa meeting tu, dari pagi hingga ke petang. Kemudian tiba la sesi soal-jawap. Pakcik ni dengan gahnya telah angkat tangan untuk bertanya kan soalan. "Tansri, kami punya menara laa ni, ada color putih dgn merah. Jadi kami kena cari budget la dulu utk kasi cat putih semua tu. " Habis semua dalam mesyuarat pakat gelak. Dengan Tansri pengerusi majlis pun sampai tutup mulut untuk tahan ketawa. Kemudian ada sorang tu angkat tangan dan cakap pada pakcik tu "Tuan haji, sebenarnya pemutihan tu......" Haru haru. Malunya aku masa tu. Dah la aku wakil company yg sama. Muka dah nampak bodo, bila tanya soklan lagi la menunjukkan bangangnya tu. Punya lama mesyuarat, tak tau la apa yg dia paham. Bila masa utk makan, aku tenguk dia terus mencicit lari balik.
last modified Mar 8, 2005 at 9:07
hahaha.......... weh, kesian pakcik tu......! :D
|