home
login::signup
we::blog

Kawan baik.

Ahhh, gelisah semakin meresah. Ada petanda kawan karibnya akan datang berkunjung ! 
 
Bukan dia tidak suka kawan baiknya kunjung tiba. Bukan. Memang sesiapa pun tidak dapat menolak kedatangan rakan karib. Sudah di takdirkan dia begitu. Begitu juga orang2 lain yg serumpun bambu buluh china dengannya. 
 
Bukan dia mahu melawan takdir atau tidak bersyukur. Adakalanya memang dia menantikan kedatangan kawan yg setia itu. Apatah lagi selepas mengharungi malam2 dengan gembira ria penuh gelora asmara hingga menitik peluh jantan betina. Sungguh dinantikan kunjungan kawan karibnya ketika itu. Memang gumbira tidak terkata dia bersama kekasih hati bila kawannya itu tiba. Dan ucapan syukur tidak lupa mereka luahkan. 
 
Tapi, patutkah semasa dia yg sudah lama menanti2 saat keindahan bersama kekasih hati yg sekian lama meninggalkan rumah kerana tugas seberang laut yg sekaligus meninggalkan dia dalam kesepian malam penuh syahdu, dia diganggu oleh kawannya itu ? Tak patut...Memang tak patut mengikut kata hati dia yg punya nafsu seperti manusia lain. Dia bukannya malaikat ! 
 
Tidak adakah hari lain yg boleh kawan karibnya datang berkunjung ? 
 
Risau. Hati semakin kacau. 
 
Kabar terbaru dari kekasih tercinta, mungkin ada peluang kembali seketika kerana urusan imigrasi antara negara dalam sedikit masa lagi. 
 
Apa ikhtiar nak di usahakan ? Apa helah untuk di beri ? 
 
Jika diikutkan kata nafsu, mahu saja dia menghalau pergi kawan yg tak makan saman itu. Datang tak dijemput pergi tak disuroh. 
 
Nampaknya angan2 berbulan madu di awan biru tinggal hanya angan2 jika benar kawan yg tak bertimbangrasa hadir juga. 
 
Baru nak berkasih sayang menghilang rindu dendam berahi dengan buah hati, kawan pula datang. Kacau daun betul ler. Tentulah kawan tu akan jadi penghalang dia bersedap2an berdua. 
 
Oooo...cik kawan, sampai hati kau, tak boleh tangguh ka ?

last modified Mar 14, 2005 at 6:01



[ add a comment ]