home
login::signup
we::blog

Belasungkawa

Chairman syarikat yg merupakan seorang yg ternama di sini telah meninggal dunia pagi semalam. 
 
Boss mengajak aku kerumah beliau untuk memberi penghormatan terakhir. 
 
Disitu kelihatan kawalan rapi diadakan kerana kabarnya akan di ziarahi juga oleh Madam Khaleda Zia. 
 
Pasukan polis dan juga R.A.B serta dengan anjing pengesan bom berkeliaran di sekeliling kawasan untuk memastikan tiada pihak yg mengambil kesempatan untuk mencederakan sesiapa. 
 
Mungkin menjadi kelaziman bagi tempat2 yg akan dilawati oleh ahli2 siasah untuk dikawal sebegitu rupa, apatah lagi yg akan melawat itu ketua negara. Memang kejadian pasang-memasang bom untuk orang yg tak sehaluan kerap terjadi dinegara ini.  
 
Tetapi bagi kita yg pertama mengalami suasana begitu, agak merimaskan jugak. Setiap pihak yg mahu masuk ke kawasan rumah mesti melalui alat pengesan seperti di lapangan terbang. 
 
Jenazah tiba dgn van dan terus dibawa kedalam rumah. Kami yg menunggu kemudiannya masuk mengekori TYT ambasador malaya kedalam rumah.  
 
Keranda yg dibawa dari Bangkok agak payah dibuka kerana di skrew dan di seal. Bergema kalimah2 syahadah serta selawat dilaungkan semasa proses membuka keranda yg kemudiannya bertukar kepada luahan sedih saudara mara bila terlihat muka jenazah. 
 
Tetamu kemudiannya dijemput melihat jenazah secara bergilir2. Melihat sahaja wajah jenazah, tiada apa yg dapat dikatakan melainkan membaca kalimah2 tuhan utk sedekah pada beliau yg telah pergi dahulu. Disamping itu timbul pula di fikiran ttg giliran sendiri. Bila, dimana dan bagaimana ? Bila tiba masa, presiden atau peminta sedekah tetap akan pergi tanpa dapat ditahan sesiapa.  
 
Teringat jawapan King bila aku tanya semasa satu musim raya: Bila nak balik kampung ?  
 
Bila nombor naik, balik laaa.  
 
Rupanya yg dia maksudkan ialah balik kampung yg abadi dan takkan kembali lagi. Aku cuma mampu senyum dengan ingatan kawan2 ttg kehidupan yg sebenarnya disana nanti. Itu lah kampung sebenar yg akan kita semua tuju. Disana lah patut kita melaburkan semua modal2 yg ada di dunia sementara ini. 
 
Ini lah realiti kehidupan. Setiap bermula akan berakhir. Yg muda akan tua dan yg hidup akan mati. 
 
Lepas ziarah, kami ke Kedutaan Indon untuk lunch. Memang setiap Rabu, diadakan buffet di situ.  
 
Duduk semeja dengan Duta B Darussalam dan tokey minyak rupchanda sempat menimbulkan jenaka yg talian telefon syarikat tak buleh digunakan kerana berkabung kematian pengerusi. Boss cepat2 menjawap, operasi syarikat akan terus berjalan seperti biasa, walau siapa pun yg pergi meninggalkan kita. 
 
Ya, begitu lah lumrah nya. Yg pergi akan pergi, tapi yg hidup perlu meneruskan kehidupan. 
 
So, my dear : Perjuangan mesti diteruskan !

last modified Mar 30, 2005 at 3:23



[ add a comment ]