home
login::signup
we::blog

iri

kita yg berjuang untuk hidup dengan berbekal keringat jantan mungkin iri dgn pak karto di kantor2 indah bersama AC yg sentiasa terpasang membawa angin sejuk bak air batu. 
 
kita yg terlupa dengan susah payah mungkin iri dengan pak tani yg saban petang berehat ditepi kali mengail ikan untuk dibuat kari dan makan bersama nasi berulam jantung pisang bercicah sambal belacan. 
 
kita yg saling iri hati dengan sesiapa sahaja sebenarnya lupa dengan murahnya Pemberi yg masih memberi sesuap nasi dan setenguk air. 
 
kita yg masih menyimpan dendam kesumat dengan sesiapa sahaja yg lebih taraf mungkin tidak terasa untungnya menjadi seorang manusia. 
 
maka jadilah kita yg masih iri dengan burung yg terbang tinggi di awan dan ikan yg riang berenang di lautan atau unggas di rimba yg luas lepas bebas tanpa ada sekatan sempadan buatan manusia yg rakus kuasa.

last modified Apr 7, 2005 at 17:50



[ add a comment ]

manusia tak pernah puas.. tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada..

140130 | posted by HanaKirana on April 9, 2005 at 21:16