|
belajar
Disini mungkin tiada yg dapat di banggakan, hingga ada yg malu jika dikaitkan dgn tempat ini. Tentu lebih gah kalau ke benua eropah atau amerika yg menjanjikan cerita yg lebih meriah dengan sahabat taulan. Tapi dimana2 sama sahaja. Ada yg boleh di ambil buat tauladan dan ada yg patut di jadikan sempadan. Disini kita akan belajar sabar, melihat mereka tanpa rasa marah atau dendam walau di herdik berpuloh kali. Esuk datang dengan muka ceria seolah tiada kisah semalam. Disini kita akan belajar taat, melihat mereka yg patuh setia dengan arahan tuan 'sir'. Disini kita akan belajar memuliakan yg lain, melihat mereka bersungguh melayan, bergolok bergadai memuliakan tetamu. Cuba ke rumah mereka lebih2 lagi di pendalaman. Kita dilayan bagaikan raja dan majlis makan bagaikan kenduri. Tapi awas dengan lancar bicara, perlu di teliti agar tak termakan dusta.
last modified Apr 15, 2005 at 4:49
walau di mana kita berada - yang paling penting adalah pengajaran dan pelajaran yang dapat diambil, bukannya letak duduknya tempat itu.
Sama-sama belajar di sekolah kehidupan. Pak Hamka tak pernah belajar di mana-mana universiti tapi tetap dianugerahkan Prof. lantaran buah fikirannya dan pengetahuannya tentang 'HIDUP'.
di mana bumi dipijak...di situ langit dijunjung setiap hari yang dilalui...mungkin biasa dimata orang lain tapi istimewa di mata sendiri
|