home
login::signup
we::blog

MBA Refresher Course

Ini antara intro untuk kursus diatas : 
 
"An MBA refresher course is the perfect opportunity to keep you in the loop, maintain your success and give you "the edge" over your competitors." 
 
Cumanya mungkin aku takde competitors ! 
 
Teringat aku semasa menjaring jersi sheffield saturday lebih setahun lalu. Masa tu, mmg full time MBA, dan part time football. hehehe. Setahun lebih beb. Kesana sini dengan si kenit dan household chores. 
 
Untung jugak hanya seminggu lebih sikit (*) kursus kali ni. Tapi dah biasalah, cuma kena dapatkan rythm nya, lepas tu OK lah. (mem: no need to worry one ! ) Just enjoy yourself amongst the Parisians and the Dutch! 
 
Sambil tu, dapat juga merehatkan fikiran dari projek yg sangat mendambakan ketahanan fizikal dan mental. Iya lah, kalau kerja dah tak tahu weekend ke weekday, mmg kena banyak bersabar dan perlu 'fit'. Jadi setelah 'system up and running', inilah masa merehatkan diri dan minda. problem2 yg datang kenalah depa tu handle seperti operation problem biasa. Nanti aku tenguklah keberkesanan dan proses depa handle semua tu. Tunggu lah pulak post-migration review dari aku nanti. 
 
Berbalik pada refresher course ni, risau jugak masa apply cuti dari boss hari tu, tapi semuanya berjalan lancar. Sebelum tu, dia dah set appointment dengan vendor utk BCP (tugasan aku seterusnya disana) pada 24 April. Aku punya laa risau, sebab masa tu, aku terpaksa berada disini utk refresher seperti janjiku dengan mem. ( mem: Janji tetap janji, gua bukan janji rock aje beb). Tapi next email aku dapat, vendor tu kata tak dapat buat pada tarikh itu dan ditunda ke 30 April. Wah...tak payah laa aku buat muka seposen dgn boss to skip the meeting. alhamdulillah. 
 
So here I'm again, go through all the challenges of being a parent. Hopefully to be a good one, if not great. (Thats the motto of my big boss here in KL, From Good to Great !). 
 
Dgn permintaan 'barbly' (barbie la tu) dari sikenit utk birthday dia, si abg yg kena cekam kuku ( itulah orang kata jgn suka gigit kuku, kan kuku tu dah marah dan gigit engkau pulak), si kakak yg merayu utk handphone baru pengganti yg hilang di curi disekolah (apasal laa engkau tinggalkan handphone tu kat changing room ? ) dan seribu satu macam permintaan serta sibling conflicts yg timbul memberikan peluang pada aku untuk mengilap semula serba sikit parenting skills yg ada. Semuga aku menjadi 'a better parent and person' after this refresher Master Bela Anak course ! 
 
cheerio! 
 
* mem: bukannya aku taksuka lebih lama atau mahu lari dari tanggungjawap, saja nak penyedap cerita ni ! janji.

last modified Apr 25, 2005 at 20:37



[ add a comment ]

wow... cerianya! anyway, enjoy your course!

140881 | posted by HanaKirana on April 27, 2005 at 8:30