home
login::signup
we::blog

Sisi Gelap.

Kes KPU di seberang menarik perhatian aku. Mungkin sebab ianya ada elemen auditor yg terlibat yg pastinya sedikit sebanyak akan jadi bekal aku dalam tugasan seharian. 
 
Auditor atau organisasi kawalan samada dalaman atau luaran (internal or external) memang semacam punya kuasa untuk memberikan gambaran sesuatu organisasi yg di periksa samada OK atau KO. Samada bersekongkol dgn menyorokkan keadaaan sebenar atau menceritakan apa yg sebenarnya berlaku.  
 
Semuanya bergantung kepada integriti dan prinsip yg dipegang. Tetapi kerana sang auditor juga manusia, tentu tidak lepas dari godaan duniawi. Disini lah sisi gelap yg ada pada karyawan dalam bidang ini.Mungkin ramai yg dengar kes2 jatuhnya syarikat seperti Enron dan WorldCom dan keterlibatan sang auditor yg mengetahui masaalah tetapi menyorokkan maklumat. 
 
Banyak yg nak di ulas. Nanti kita sambung lagi. Tapi buat permulaan, inilah prinsip pertama sang auditor yg menyebabkan merekalah orang yg terakhir mahu dijumpai oleh semua orang dalam mana2 organisasi: 
 
"In God We Trust, All Others We Audit" 
 
Oiii....lari2...auditor datang !

last modified Apr 27, 2005 at 20:15



[ add a comment ]