|
Sisi Gelap bahagian 2.
Hasil kerja auditor adalah sulit. Hanya pihak yg berkenaan sahaja patut mendapat lapuran audit iaitu auditee dan juga pihak pengurusan atasan yg berkaitan. Ada kalanya, para auditor sendiri tertanya2 kemanakah kesudahannya hasil kerja mereka. Walaupun pada pandangan dan pengalaman mereka sesuatu isu dirasakan berada ditahap kritikal dan perlu perhatian pihak atasan, tetapi tiada apa2 tindakan selanjutnya dari pihak berkenaan. Oleh kerana pihak pengurusan pejabat audit mempunyai kataputus terhadap sesuatu isu dan semuanya sulit bagi orang luar, maka banyaklah hal2 yg tidak diketahui. Suasana ini kadangkala membiakkan penyakit. Bagi para auditor yg hitam kelam dan rosak hatinya, maka semuanya bisa di atur. Setiap langkah dari proses audit boleh di olah. Dari perancangan apa yg nak di periksa hinggalah kepada bentuk pemerikasaan yg akan dilakukan, apatah lagi lapuran yg akan dikeluarkan. Asalkan gendut perutnya, kembung poketnya dan basah di bawahnya semuanya bisa di atur. Yg KO boleh di OK kan. Itulah antara yg terungkap di dalam kes KPU ini. Para pendekar putih telah lama memendam rasa dengan petualang hitam di pejabat audit. Telah banyak isu ttg KPU yg senyap begitu sahaja. Maka bila terdapat peluang untuk membuka pekung di pejabat KPU penyelewengan dari aturan telah dilakukan oleh pak auditor. Apalagi bila sogokan dibuat dari pihak KPU, maka terbuka lah peluang untuk membawa KPK ikut sama memerangkap pihak KPU. Seperti ketulan ais di lautan, selain terungkapnya amalan korupsi di KPU, maka mungkin terbongkarnya amalan tidak berprinsip para auditor hitam di BPK sendiri tidak dapat dielakkan. Hinggakan Ketua BPK sendiri telah menyalahkan pak auditor dan berhasrat untuk mengenakan tindakan keras keatas beliau hanya kerana dia tidak di maklumi. “Saya merasa dilangkahi. Saya dikentutin," kata Ketua BPK. Kesungguhan peribadi bermoral untuk menegakkan hukum di dalam suasana sebegini memberi harapan kepada semua untuk bebas dari cengkaman petualang korupsi dan lebih keterbukaan serta pertanggungjawaban dlm urusan organisasi atau negara. BPK – Badan Pemeriksa Kewangan = Audit Negara KPU – Komisi Pemilihan Umum = SPR KPK - Komisi Pemberantasan Korupsi = BPR
last modified May 4, 2005 at 8:27
aku suka sepet 3 suku. sangat suka!!
|