|
dua wajah & information overdosed serta laksa idaman.
pada semua perkara ada dua wajah senang dan susah benar dan salah baik dan jahat lurus dan melencung tapi semakin lama di dunia ini, rasanya semakin terbalik terlingkup dah dua2 ni. kadang2 bila buat sesuatu yg seperti betul, tapi akibatnya jadi lain pula. seperti pemandu yg berhenti kerana ditahan polis. akibat mengikut arahan, jiwa pula yg jadi galang gantinya. kalau lari, dikira jahat pula. cari maklumat di internet. mungkin ada maklumat yg boleh bantu, tapi bila telah terlampau banyak maklumat, rasanya semuanya tak sesuai pula. overdosed dgn maklumat dan data2. mabuk dibuatnya. tak tahu mana nak mula. yg nampak senang dah jadi sudahlah pulak. kuah laksa berjaya di masak tanpa bunga kantan dan daun kesum. juga tanpa petis otak udang yg sungguh mengiurkan itu. pengganti laksa ialah serupa kuehteow nipis kering buatan siam yg dijual di Nandan. sungguh menyelerakan dengan potongan bawang dan timun serta perahan lemon dan kicap. selamat telan air liur !
last modified May 12, 2005 at 7:45
Takkan sama dengan laksa penang di Malaya... (ayat dengki)
heh.. heh... heh...
|