home
login::signup
we::blog

dimanakah kemaluan mu ii

aku tak berapa nak paham orang kat sini ni. 
 
dah banyak kali aku tegur pasal satu tandas kat pejabat ni. 
 
tingkapnya bercermin hingga keparas mangkuk tandas dan lutsinar pulak tu. dan ada pula satu lagi pintu utk keluar bangunan dari tandas tu, yg tak buleh ditutup dgn sempurna sebab takde tombol kunci mahupun penyelaknya.  
 
pintu tu, seperti biasa kenalah berusaha utk menutup serapat mungkin tapi seperti biasa juga selalunya tak berjaya. tingkap tu pula, lepas aku tegur, diorang dah tampal dgn suratkabar.  
 
tapi hari ni aku tenguk surat kabar dah tinggal sebelah muka sahaja. maknanya terpampanglah sebelah cermin lagi utk melihat pemandangan indah diluar tingkat 8 semasa berurusan menjawap panggilan alam. disamping itu juga terpampang untuk dilihat pula oleh orang2 dari luar. 
 
sedang menyediakan diri didalam tandas tu, sempat aku terpikir, kenapa diaorang di sini tidak berapa nak kisah ttg urusan2 panggilan alam ni.  
 
mungkin sebab tandas ni di tingkat 8 dan kemungkinan orang menjenguk dari luar tu adalah nol (melainkan adik beradik superman atau spiderman) maka perasan malu diketepikan sahaja. orang tenguk dari jauh tak kira la kot. 
 
atau mungkin kerana tiada kemaluan dalam hal2 begini, sebab kerap kali juga tepi2 jalan, malah pembahagi jalan juga dijadikan tempat untuk melepaskan bahan buangan. 
 
tapikan, terpikir balik, kalau takde kemaluan, macamana pulak dia nak melepas ekk ?? 
 
musykil...musykil...

last modified May 14, 2005 at 5:35



[ add a comment ]

macam tu punya toilet pun ada kaaaaa???? tak senonoh betuiii

btw, tahniah kerana sudah berjaya membuat laksa penang versi negara orang

141883 | posted by gigitakbertatoo on May 15, 2005 at 20:19

sb: ya..betul la tu, mana sama kat tempat orang kan, walau hujan emas sekali pun kan...

hk: agaknya pihak Uni terlupa nak bagi briefing ttg budaya setempat ?

141874 | posted by saorangorang on May 15, 2005 at 16:41

kahkahkah... encik saorangorang, kat sini dalam pertengahan tahun lepas, ada la this one group students from China main land. Diorang ni tinggal dengan kami, Msc & Phd students di hostel. Adoiiiii..... Sengsaranya jiwa, zahir batin tak tahu lah nak cakap macam mana... Ada ke patut, selamba mak badak diorang aje... Bogel-bogel pergi toilet... Lepas tu, urusan2 panggilan alam (quote balik) ni tak reti nak tutup pintu! Maka, panoramic view yang sungguh-sungguh tak ingin kita lihat, terlihat jua akhirnya.... Dan pengotornya..... Cukup untuk kami buat complaint kat Unit Hal Ehwal Pelajar, minta mereka ni dipindahkan...

141846 | posted by HanaKirana on May 14, 2005 at 22:18

komen tak de kena mengena dgn entry hehehe

1. hari tu kan, terliur betol bila ada org tu cerita pasai laksa.cesssss tak pe tak pe...

2. semalam kan, pegi beli laksa penang sama sata ikan.. perghhhh sedap-sedap. original from malaya (ayat dengki mcm hana) heheh

3. Laksa penang di negara orang, sedap meleleh air liur lagi laksa penang di negara sendiri hikhikhik

141843 | posted by selendangbiruu on May 14, 2005 at 21:02