|
Baran - To find dignity in poverty
Aku terserempak dgn cerita ini semasa channel surfing di tv semalam. Terpaku dibuatnya kerana kelainan dari cerita2 asal pakcik SAM yg mendominasi hampir semua movie channel, samada dari segi bahasa, latarbelakang malah budaya. Terima kasih kepada subtitled English, kalau tidak kena cari kamus Parsi dan bahasa2 lain di Iran tu. Kisah cinta berlatar-belakangkan Teheran semasa Rusia mengundurkan diri dari Afghanistan. Lateef anak muda tempatan bekerja dgn Mehmar dikanten sebuah tapak binaan. Rahmat anak seorang pelarian Afghan, Najaf dibawa oleh Soltan utk menggantikan ayahnya yg cedera semasa bekerja di tapak binaan.
Setelah disuroh bertukar kerja dengannya, Rahmat dijadikan musuh. Berbagai cara dibuat utk merosakkan kerja Rahmat. Tetapi kemarahan yg membara bertukar kerana penemuan memeranjatkan. Rahmat rupanya seorang gadis. Sambil dia memerhati gadis itu menyikat rambut, dia terasa dirinya berada dalam keadaan yg anih dan dikelilingi bunyi2an yg luarbiasa.
Pertama kali dalam hidupnya dia jatuh cinta. Segala2nya berubah. Pandangan, tingkah laku malah pakaian Lateef mula berubah. Tetapi, Rahmat terpaksa meninggalkan tempat pembinaan kerana dihalang oleh pemeriksaan pegawai buroh. Lateef yg tak tahan tanpa kehadiran Rahmat berusaha mencari hingga ke kampung pelarian2 Afghan. Didalam usaha mencari2, dia tiba disatu majlis keramaian keluarga Afghan di sebuah shrine.
Antara mereka disitu ialah Rahmat, dlm pakaian gadis. Dia ternampak Lateef tapi hanya memandangnya dari jauh dan berlalu dari situ. Dan Lateef tidak tahu dia disitu.
Soltan yg dijumpa kemudiannya memaklumkan yg Rahmat bekerja disungai dikampung itu. Lateef bergegas kesana dan mendapati Rahmat dalam keadaan yg menyedihkan kerana bekerja mengangkut batu2 dari sungai. Tiba2 Rahmat ditimpa kemalangan. Lateef merasa sedih dan ingin membantu.
Lateef berusaha membeli tongkat buat Rahmat. Bila dia kerumah Najaf, dia terkejut bila terdengar perbualan Najaf dan Rahmat mengenai adik Najaf yg terbunuh di Afghan. Dan disitulah dia mengetahui nama sebenar Rahmat ialah BARAN. Dia meninggalkan tongkat tanpa menemui mereka. Najaf datang ke tapak binaan utk berjumpa Mehmar. Lateef terdengar Najaf merayu utk dipinjamkan duit tapi tidak berhasil. Lateef dengan keinginan menolong telah menjual satu2nya harta yg dia ada, iaitu kad pengenalan diri. Dia kerumah Najaf, dan Baran membuka pintu. Setelah kedua2nya terkedu seketika, Lateef menyatakan dia ingin berjumpa dgn Najaf.
Bila ditanya oleh Najaf, dari mana datangnya duit itu, Lateef menyatakannya dari Mehmar. Najaf memberitahu dgn duit itu dia sekeluarga akan balik ke Afghan. Lateef kebingungan dgn berita itu dan mencari ketenangan di shrine. Disitu dlm keadaan sedih dan putus harapan dia kembali mendengar semua bunyi2 yg dia dengar semasa melihat pertama kali melihat Baran. Dia berserah kepada takdir. Dlm keadaan seperti bermimpi, semasa menolong Najaf mengangkut barang2 kedalam terak, Lateef dgn muka yg tenang akhirnya bertemu muka ke muka dgn Baran. Barang terjatuh.
Lateef dan Baran bertukar senyuman semasa mengutip barang2 yg terjatuh. Mereka bertukar cinta melalui pandangan mata. pertemuan terakhir
Baran menutup muka dgn burqa. Semasa berjalan ke terak, kasutnya tersangkut di lumpur. Lateef melutut, mengambil kasut dari lumpur, membersihkannya dan memberinya pada Baran utk dipakai. Terak membawa Baran pergi. Tinggal kesaorangan.
Tinggal kesaorangan, Lateef merenung bekas tapak kaki di lumpur yg ditinggalkan oleh kasut Baran dan tersenyum semasa hujan mula turun menyirami tapak2 kaki Baran. +++ Baran dalam bahasa parsi bermakna hujan. +++ Inilah antara kejayaan wayang Iran. Berjaya mengungkap kisah cinta hanya dengan isyarat tanpa luahan kata2. Lateef sanggup kesana kemari dan mengorbankan semua yg dia ada hanya utk di hadiahkan dengan renungan yg hanya sebentar diikuti senyuman seketika yg datang diakhir pertemuan mereka semasa Baran berangkat balik ke Afghanistan. Sedikit tentang tuan direktor, Majid Majidi mengikut kata pengulas Iran : Having been himself raised in a modest house with modest means, Majidi finds his protagonists among blue-collar workers who happen to be children. Tinged with a degree of mysticism, they go through experiences that elevate them beyond their immediate situation. "To find dignity in poverty" is how Majidi characterizes his quest for a visual language that can match his inner propensities. Baran is a prototypical example of such an outlook on life.
last modified Jul 12, 2005 at 7:59
wau.... antara kisah cinta yang terindah, walaupun dihimpit dengan derita hidup........
dia melangkah pergi dan hanya mampu meninggalkan jejak kakinya sendiri
|