|
hartal dan buffet di kantin melati
satu : Dawn-to-dusk hartal in capital today. Parti pembangkang menganjurkan hartal hari ini kerana memprotes kematian seorang pemimpin parti yg ditembak org tak dikenali semalam. Kepada siapa agaknya yg mereka protes ? Lenggang jalan raya. Rickshawalla jadi raja. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ dua : Buffet di Kantin Melati. Setiap rabu diadakan buffet dikantin Kedutaan Indonesia. Kedatangan sangat memuaskan. Kebanyakkan yg datang para diplomat serta pekerja dari asia tenggara. Berkesan sungguh promosi yg dibuat. Antaranya ialah disetiap meja, diletakkan menu. Disebelah kiri diletak menu hari ini, dan disebelah kanan diletak menu untuk minggu depan. Menu hari ini. Laukpauk: Ayam goreng berempah Tahu goreng Telur kicap manis ulam2an sambal Sup: Soto Betawi dgn emping melinjo Desert: Tembikai dan kueh klepon (di malaya dikenali dgn nama buah melaka) Disini juga dijual perbagai barang2an asal Indonesia seperti Gudang Garam, Kopi Kapal Api dan Kecap ABC. Inilah masa utk bersilaturahmi. Ramai yg boleh dijumpa disini. Topik hangat minggu ini ialah Duta Brunei masuk hospital dan ditempatkan di ICU selama 2 hari. Sekarang telah ditempatkan di wad biasa di lantai 7. Antara yg mencuit hati ialah kisah Datin melihat corong oxygen di dahi Dato. Datin bertanya pada nurse yg bertugas samada Dato masih perlu memakai corong tu atau tidak. Lalu dijawap mereka, masih perlu. Datin pun tunjukkan yg corong tu ada didahi Dato dan bukannya di muka. Tergesa2 nurse pakaikannya semula dgn ucapan 'Sorry, we forget ' . Rupanya corong yg dicabut sebelumnya itu lupa utk dipasangkan semula. Dato yg aktif bermain golf, diramalkan akan di grounded beberapa bulan oleh menteri pertahanan merangkap home minister. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Menyusuri jalan semalam panggilan lewat malam dari kuching ke kota singa. + : Ada yg tertinggal laaa kat Singapore -> : Laaaa...apa dia ? (buat2 terkejut) + : Hati ! -> : Alahai....(nada sayu syahdu) ...2 hari...
last modified May 18, 2005 at 3:09
nurse kat mana2 pun sama ke agaknye? *teringat kes org bersalin tertinggal gunting dalam perut...eeeee ngilu betul*
tapikan.. kelaka la corong oxygen tu kat dahi, heheheh 
err.. dah lama tak makan buah melaka... hmm....
|