|
Suratku Untukmu
[boleh dibaca seperti rentak lagu dibawah sana] Kepada awak yg sentiasa diingati, Apa kabar ? Semuga sihat sentiasa bersama anak2 tercinta. Abang di sini begitu juga. Sihat dalam sepi, rindu dendam kesumat serta kegelisahan yg tak berkesudahan sepanjang malam. Entah kenapa dua malam lepas, sakit kepala teruk sekali. Bagai mahu pecah kepala dibuatnya. Baring dikatil 1/2 jam bagaikan berjam2 rasanya. Habis di selongkar semua beg, gerobok dan almari. Mencari2 panadol atau ponstan. Tapi dah memang tak dibawa tempoh hari, tentulah tak ada jawapannya. Habis la juga tawaf seluruh guesthouse tu, mencari2 kalau ada firstaid kid, tapi tidak pula kelihatan dimana2. Nak di ketuk pintu si Amer, malas pula rasanya nak mengacau dia. Siksa sungguh. Mungkin air dah naik ke kepala ! Akhirnya duduk saja mengadap tv dengan kepala tegak berdiri. Diawal pagi barulah dapat membaringkan diri. Bila merasa malam panjang begitu, teringat abang cerita ttg keadaaan orang di dalam kubor yg selalu diceriterakan seorang teman. Cerita ttg bezanya orang yg cukup bekalan dan yg tiada apa2. Orang yg cukup bekalan akan merasa singkatnya masa didalam kubor tetapi orang yg tiada apa2 akan merasa lamanya masa didalam kubor. Bezanya ialah seperti bezanya masa malam yg dihadapi oleh dua orang iaitu seorang yg bersama isteri/suami dimalam pertama selepas berkahwin dan seorang lagi yg menanggung sakit TB. Seorang yg sedang bersama isteri/suami di malam pertama akan merasa malam sangat singkat. Oleh kerana merasa kelazatan menikmati keghairahan nikmat bersama kekasih, masa malam dirasakan sangat singkat. Baru nak pegang2 sana sini sikit sikit, tiba2 dah kedengaran azan suboh. Ohhh....betapa cepatnya malam, belum sempat nak 'explore' lagi, sudah tibanya pagi. Tentu awak ingat akan malam pertama dulu ? Seorang yg sakit TB yg batuk tak berhenti2 pula, akan merasa malam berlalu tersangat lama. Oleh kerana tidak tertahan dengan batuk dan sakit yg ditanggung, dia merasa pagi sangat lambat tiba. Sungguh malam menjadi sangat panjang bagi dia. Begitulah nanti keadaannya kita didalam kubor. Walaupun masa dikubor mungkin sama, bagi yg betul iman dan cukup bekal amal, masa yg dirasakan adalah sangat singkat. Samalah seperti orang yg sedang berada dimlm pertama berbulan madu. Tiba2 sudah kedengaran sangkakala utk ke mashyar ! Tapi bagi yg lupa cari bekal dan salah pegangan, maka siksa yg menanti disana akan menyebabkan dia merasa masa dikubor sangat panjang. Samalah seperti orang yg mempunyai penyakit TB. Lamanya malam siksa menanti pagi. Paham ke apa yg abang ceritakan ini ? Kalau tak paham, ingatkan ttg malam pertama tu, sudahlah . Bagaimana keadaan anak2 ? Tentu awak sibuk melayan kerenah mereka. Alangkah ingin abang bersama awak ketika ini. Jangan pula ingat abang lupa janji. Adakah awak mendengar kabar yg Kota singa akan membuka gelanggang kuda gila tidak lama lagi ? Mungkin sudah tidak cukup gelanggang kuda gila di Paris sana. Atau mungkin sudah banyak kuda2 gila dikawasan ini yg memerlukan gelanggang baru. Apapun rasional mereka itu, mungkin kita pun boleh melawat ke sana bila turun ke seberang tambak nanti. Lagipun, Abang belum pernah tenguk kuda gila sebelum ini . Hujung minggu ini, cuti panjang. Amer minta izin balik kampung. Lama juga kabarnya. Hari Selasa baru dia nak kembali bekerja. Dia minta abang tidak ceritakan pada orang di pejabat yg dia bercuti kekampung. Mungkin abang kena ingatkan dia, bila meminta overtime lebih2 nanti. Sekian sahaja untuk kali ini. Semuga selamat semuanya... luv u always ! Abang. p/s : ingatkah awak pada surat berkajang2 dulu ? Suratku Untukmu J. Sham Nombor anam puluh anam Jalan Seremban Tampin Negeri Sembilan Kekasihku yang jauh di mata Kasihku sayang mengapa membisu Berpucuk surat suratku untukmu Mungkinkah kini rindu padaku Rindu padaku Oh oh rindunya ingin kuberikan Apa khabarnya orang di sana Mungkinkah kini jemu padaku Jemu padaku Kirimkan aku berita Untuk menghiburkan hati rindu uuu... Rindu uuu... Oh oh rindunya ingin kuberikan Apa khabarnya orang di sana Mungkinkah kini jemu padaku Jemu padaku Kirimkan aku berita Untuk menghiburkan hati rindu uuu... Rindu uuu... Kasihku sayang mengapa membisu Berpucuk surat sudah untukmu Mungkinkah kini rindu padaku Rindu padaku ...1 hari...
last modified May 19, 2005 at 7:35
waktu memang abstrak... dalam kangen masih ada siraman rohaninya

Happy Anniversary.
gila.
|