|
Yop No More.
Yop bekas jiran sebelah rumah aku di Stinggarden asal Teluk Anson. Dia dipanggil Yop didalam keluarganya dan jiran2 seperti lazimnya panggilan bagi anak lelaki orang perak. Setelah habis sekolah beliau telah masuk perkhidmatan tentera. Agak memeranjatkan juga bagi kami yg kenal peribadi beliau. Semasa aku di Kuching, beliau juga ditempatkan disana di Kem batu 10. Antara lain tugasnya ialah jadi pegawai risik yg selalu perlu menyamar dipasar. Yop menceritakan kenapa dia memohon utk menjadi pegawai tentera. Dia yg aktif dgn ziarah dan ajak mengajak ke arah kebaikan, pernah masuk ke satu kem tentera. Antara askar yg dia jumpa telah berkata begini : 'Siapa engkau ? Lainlah kalau pegawai yg cakap, tentu kami dengar !' Kata2 itulah yg menyebabkan dia memasuki perkhidmatan tentera dgn niat utk berjumpa dgn lebih ramai askar2 supaya dapat membuat kerja2 ingat memperingati. Tapi yop mengaku setelah menjadi pegawai juga dia tidak dapat buat apa yg diidamkannya itu. Malah banyak perkara yg tidak sesuai dgn jiwanya yg terpaksa ditolerate. Bila menamatkan perkhidmatan dgn pangkat Kapten, yop tinggal di Sg. Petani. Mungkin kerana telah serasi dgn kawasan berhampiran kem penempatan pertamanya dan ramai kenalan disitu. Dan kabarnya dia telah berniaga dgn beberapa kawan. Lamaran dari abahnya utk berniaga bersama2 di Aked Mara di Jln TAR tidak diterima yop. Bila perniagaan tidak menjadi, yop balik ke KL. Berbagai dugaan yg diterima hingga pekerjaannya silih berganti tapi masih sukar kehidupannya. Sekurang2nya begitulah pandangan orang2 sekeliling, termasuk juga aku. Tapi mungkin yop diberi kaya dgn zuriat kerana itulah yg semakin bertambah. Kesempatan sesekali bertemu dgn yop tidak aku gunakan utk bertanya ehwalnya yg selalu membangkitkan cerita dikalangan saudara dan kenalan. Yop seperti ingin menyampaikan sesuatu. Tapi aku seperti tidak mau mengerti dan membiarkan kesempatan itu berlalu. Dan kesempatan untuk bertemu lagi telah tiba ke noktahnya bila aku terima sms semalam : 'Yop, anak kak yah di sentul meninggal dunia' dari Dia kita datang.... Damailah Kau di sana di sisi Tuhan yang Esa ! Kepada mu aku Pasrah. KepadaMu aku pasrahkan / Seluruh jiwa dan ragaku / Hidup dan mati ada di tanganMu / Bahagia, sedih ada di jariMu Cukup lama aku mencari / Menembus pekat dan menerjang kelam / Menyusuri langkah yang makin jauh / Adalah firmanMu pemandu jalanku Batu gunung tetap tegap tegar / Meski angin geram menerpa / Batu karang tak hendak terhempas / Meski ombak menerjang terjang Rindu keteguhan imanku / Hamparan langit biru / Kering airmata hapuslah duka / Adalah firmanMu pemandu jalanku KepadaMu aku memohon / Nyalakan semangat bangkitkan nyali / Robohkan tantangan ombak lautan / Rahasia hidup mesti terpecahkan.
last modified May 31, 2005 at 2:15
lupa nak bagitau. teh tarik Madras ada kat kedai2 mamak. Tapi teh tarik Madras di KL tak leh lawan yang kat sini lah. Tak tahulah kenapa.. 
alfatihah juga..
AlFatihah
Al-Fatihah buatnya....
innalillah....al-fatihah
|