home
login::signup
we::blog

Anda Musykil ? Dr Menjawap.

(Harian Metro 19 Jun 2005) 
 
SOALAN 
Jual diri kerana terdesak 
 
SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak. 
 
Punca pendapatan ini secara terang adalah haram. 
 
Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? 
 
Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa? 
 
Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah? 
 
JAWAPAN 
 
HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. 
 
Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya. 
 
Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan. 
 
Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. 
 
Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan. 
 
Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. 
 
Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah. 
 
Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat. 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
 
bertambah musykil ?

last modified Jun 25, 2005 at 21:24



[ add a comment ]

Fikirkan!!!!!

Dalam konteks negara Malaysia yang makmur, cemerlang, gemilang dan terbilang rasanya tiada istilah 'DARURAT' sehingga mengharuskan seseorang wanita melacurkan diri untuk memperoleh wang. Bukankah banyak lagi pekerjaan HALAL yang boleh dilakukan. Bukankah kilang-kilang di Malaysia memerlukan pekerja sehinggakan pendatang asing TERPAKSA dibawa masuk? Bukankah banyak penduduk Malaysia yang memerlukan PEMBANTU RUMAH sehingga memaksa teman serumpun berlainan negara terpaksa dibawa masuk? Di manakah rasionalnya DARURAT dan KETERPAKSAAN di MALAYSIA sehingga perbuatan melacur untuk membesarkan anak boleh dimaafkan? Adakah kerana terlalu cantik wajah dan tubuh badannya sehingga tak layak bekerja sebagai pekerja kilang ataupun pembantu rumah dan hanya layak menjadi PELACUR untuk memperoleh wang? FIKIR !!!!!
Dalam konteks Malaysia, tiada kemaafan bagi pelacur yang terpaksa mencari wang kerana banyak sumber rezeki di negara tercinta ini yang turut menjadi sumber rezeki RAKYAT ASING, kecuali mereka yang DIPAKSA MELACUR jika tidak akan dibunuh ataupun anak ataupun ahli keluarganya diBUNUH barulah boleh dianggap DARURAT dan TERPAKSA.. Itupun masih perlu mencari jalan penyelesaian, Negara ada undang-undang kan?
Tidak timbul isu masyarakat harus membantu kerana wanita itulah yang harus membantu dirinya dan keluarganya dahulu baru memohon bantuan masyarakat jika usahanya menemukan kegagalan. Adakah dia diharuskan melacur hanya kerana masyarakat tidak membantu? Bukankah dia boleh melakukan kerja halal yang lain sebagaimana dinyatakan tadi? Kalau dia tidak berupaya bekerja kerana sakit ATAUPUN sudah terlalu tua (berumur), adakah PELANGGAN akan melanggan PELACUR YANG SAKIT dan tua pula? SENDIRI MAU FIKIR LAAA!!!!!
Konklusinya TIADA ISTILAH DARURAT DAN TERPAKSA MELACUR di Malaysia dalam konteks hari ini kerana mahu membesarkan anak-anak. Banyak kerja HALAL (diulang HALAL) yang boleh dilakukan selain melacur. Paling TERUK meminta sedekah itu lebih mulia daripada melacur.
Rakyat Malaysia kan pemurah, KENAPA, KENAPA, KENAPA, KENAPA mesti melacur dan ada pula pendapat menyatakan melacur boleh dimaafkan kalau terdesak dan darurat. SAYA MUSYKIL, TAK FAHAM, TAK FAHAM, TAK FAHAM. Kenapa ada pendapat yang dangkal dan bahaya dalam konteks negara kita yang makmur ini? Kalau pendapat ini diterima oleh mereka yang jahil dan kurang faham hukum agama (DARI SEGI TEEEERRRRPAKSA DAN DARURAT dari sudut masyarakat setempat) alangkah bahayanya keadaan sosial di negara kita akan datang. Tak ADA DUIT MAKA BOLEH MELACUR KERANA TERPAKSA DAN darurat.
Sedih kerana pendapat itu memang betul tetapi dalam KONTEKS MALAYSIA memang tak boleh ada istilah darurat dan terpaksa sehingga perlu melacur. LAINLAH DI NEGARA yang mengalami kebuluran dan peperangan, tiada pekerjaan, tiada makanan yang mudah, tiada segala-galanya. ITUPUN TAK BOLEH selagi ada usaha lain.
ALANGKAH MUDAHNYA kehidupan di Malaysia.... hukum boleh diguna pakai sesedap hati tanpa melihat situasi. Semoga Allah melindungi kita semua. Amin......

145214 | posted by Kudin on July 26, 2005 at 12:52

manusia zaman sekarang banyak dah hilang pedoman. Sampai sanggup buat apa ajer untuk mendapatkan sesuatu terutama sekali $$$$$$$

144416 | posted by zz on July 7, 2005 at 14:46

hahahah... musykil sambil garu-garu janggut yang tak ada.

sy sudah lama musykil. Siapa mau jawab kemusykilan saya??? Ustaz saorang-orang mau jawab kah ???

Kalau ada pelacur-pelacur yang kena tangkap, dia tak perlu risau, dia ada alasan yang cukup kukuh. Bukan calang2 orang yang keluarkan 'hukum' begitu.

Baru2 ni ada tangkapan GRO di bukit mertajam, alasan dia 'terpaksa' melacur sebab nak bayar hutang Along. Spt yg kita tahu, Along sanggup buat apa sj, kemungkinan dia untuk dibunuh adalah tinggi. Jadi, sy kira dia sudah cukup 'DARURAT' untuk melacur!! Tak gitu..????

144026 | posted by selendangbiruu on June 26, 2005 at 23:32