|
Saffron. Rempah termahal di dunia.
Bila mengetahui aku ke Dhaka, antara pesanan seorang kawan ialah supaya beli Saffron. Menurutnya di Dhaka dan kawasan2 didunia sebelah sini, ianya boleh didapati dgn murah. Dan tentu kemudiannya kelebihan2 saffron diceritakan kepada aku terutama yg berkaitan dgn org lelaki bagi meransang lagi deria beli aku.
Di pasar Gulshan 1 atau Gulshan 2, Saffron dijual dgn harga dari 60 Taka hinggalah ke 90 Taka bagi 1* gram bergantung kepada kualiti. Kalau ditukar ke RM lebihkurang 4 hingga 6 ringgit. (* silap tenguk beb, gua ingat 100 gram).
Saffron sebenarnya ialah stigma sejenis bunga (Crocus Sativus Linneaus) yg hanya ada 3 stigma pada setiap bunga. Stigma ini perlu di tuai hati2 dgn tangan dan lebih merumitkan, tuaian hanya boleh dibuat di pagi hari sebelum bunga layu kerana sinaran panas matahari. Ini lah yg menyebabkan ianya terkenal sebagai rempah termahal didunia. Nama saffron berasal dari perkataan Arab zafaran yg bermakna kuning.
Memang banyak kegunaan saffron ni sebenarnya. Telah digunakan beribu2 tahun dahulu lagi bukan sahaja sebagai perasa dalam makanan/minuman, malah dibuat ubat dan sebagai pewarna. Banyak makanan di merata dunia yg menggunakan saffron sebagai bahannya. Antaranya ialah Biryani yg terkenal di dunia sebelah sini. Sajian makanan yg biasa menggunakan saffron termasuk lah : Spanish Paella French Bouillabaisse Italian Risotto Milanese English Saffron Cakes Indian Biryani Paling mudah utk menikmati Saffron ialah dengan teh. Ambil 2 3 helai dan masukkan kedalam teh O panas. Tentu ada Ommpphhh..... Resepi : http://www.safinter.com/recipes.htm
last modified Jul 3, 2005 at 20:51
nak kirim kat sdr dalam 1/2 kilo boleh, cewahhh,
|