|
dari dhaka ke istana singgah sebentar di jeriau
satu Jemputan utk memberi pembentangan ttg kerja2 yg dibuat disini kepada budak2 baru membawa aku ke 'bengkel' di Bukit Fraser. Memang nampak keegoan yg sedikit lebih pada budak2 baru, walaupun tidak semua. Seperti mengiyakan kata2 kawan di pejabat yg mereka itu diwar2kan sebagai golongan hebat berbanding org2 lama yg dah 'usang'. Itu percaturan kepala kantor. Seperti biasanya adat permainan, ada kala kalah dan ada kala menang.
- antara pemerhati bengkel yg tidak diundang - Diantara jadual ketat bengkel, sempat juga mencuri masa melalui jalan kenangan ke Jeriau. Di situ aku pernah berkemah dgn kawan2 sekolah. Kesejukan mandi di pagi hari sukar dilupakan.
Air yg semakin berkurangan di kolam di bawah air terjun menambahkan muram dikawasan yg memang jarang menerima tetamu. Mungkin kerana musim kering dan panas sekarang yg juga menyebabkan Bukit Fraser tidak sejuk seperti dahulu. dua Semasa menyelak akhbar sementara menanti bengkel disambung, ada cerita aktiviti Ramli Sarip di hujung minggu. Masuk Istana rupanya Abg Ramli ni. Kerana sudah lama tak jumpa, teringin pulak melawat Abang Ramli. Untung saja ada kenalan pegawai Istana, melepasi pegawal hanya dengan bisikan.
- gambar dr Berita Minggu - Semasa bergegar istana dek penangan Abang Ramli dgn Ribut, Keliru dan Musibah timbul dibenak pikiran berapa org agaknya dalam ramai2 tu yg mengambil berat kata2 Abg Ramli yg lebih kurang begini : "Kita perlu tahu apa tujuan hidup didunia! " tiga Semasa di Bukit Fraser, dunia di kejutkan dengan letupan di London. Raj, seorang peserta bengkel risau kerana seorang sepupunya yg tinggal disana tidak dapat dihubungi. Dan salah satu tempat letupan ialah laluan harian sepupunya itu ketempat kerja. Hari Ahad, Hj Hal membawa aku ke Cheras Utama. Ada saudara2 dari US - Sn Diego, Cal. disitu. 2 dari mereka Abdul Karim dan Abdullah rupanya pernah aku jumpa di Dewsbury. Yang aku ingat benar sebab Abdul Karim (Pak Itam) sangat murah dengan senyuman dan mudah diajak berbual sementara Abdullah (Mat Salleh) tidak pernah meninggalkan lungi (kain pelekat). Sungguh tebal pegangan sunnah keduanya yg bukan lahir dalam keluarga islam ! Ketua rombongan seorang dentist asal Bombay yg telah menetap di San Diego selama 30 tahun. Bila pengerusi surau membangkitkan peristiwa di london, beliau menjawap, yg dia tahu, Nabi suroh kita membawa seramai mungkin orang kesyurga. Jika benar perkara yg berlaku perbuatan org islam (?), dan yg terlibat org2 belum islam yg mati tanpa islam, adakah kita membawa mereka kesyurga atau neraka ? Sungguh jauh pemahaman kita dari orang2 dahulu. Cuma, sudah resminya bagi media2 barat serta pemimpin2 dunia sebelah sana, kemusnahan tanpa sebab munasabah keatas org2 islam tidak sepenting kematian2 orang2 mereka. Pemikiran penjajah ini yg patut di ubah.
last modified Jul 12, 2005 at 8:09
|