|
Dari mimbar jumaat.
1. sitting talk. sebelum jumaat : jerebu. Manusia melayu dah lama di landa jerebu iman. Kepercayaan lama boleh mengugat keimanan. - tangan gatal di katakan nak dapat duit - tangan gatal dikatakan nak sepak orang - rama2 masuk kerumah dikatakan orang nak datang rumah - mata bergerak2 dikatakan nak berlaku sesuatu - nombor 4 tak dimahu orang, sebab dikatakan nombor mati - nombor 8 direbut2 sebab ada onggg.... - nombor 666 dikatakan berkaitan dgn syaitan Hatta yg berkaitan agama juga boleh silap pegangan - gantung ayat seribu dinar dikatakan akan mendapat rezeki dari sumber tak disangka2, padahal pengertian ayat itu ialah " siapa yg bertakwa yg akan dapat rezeki dari sumber yg tak disangka2" bukannya pada siapa yg gantung ayat tersebut. - bagaimana pula yg mengantung atau percaya kepada nombor 786 ? Dimadrasah tahfiz juga ada kepercayaan siapa yg lalu bawah ampaian akan hilang hafalan. Padahal asal usul larangan itu ialah sebab ramainya perempuan yg berkemban menyidai kain di ampaian, jadi bila lelaki lalu disitu, tentu ternampak perempuan2 berkemban, yg mmg akan menyebabkan hilang hafalan2. email- peringatan akhir zaman. Berbagai2 perkara dikatakan didalam email ini, kematian raja fadh, gerhana bulan/matahari di bulan ramadhan, suara di langit, peperangan besar, pengistiharaan imam mahdi dan kedatangan dajjal. Yg pasti boleh di amalkan ialah doa fitnah dajjal yg disertakan di akhir email tersebut. Baca selepas tahiyat akhir sebelum salam setiap kali solat. DOA FITNAH DAJJAL: Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasullullah SAW telah mengajar doa berikut kepada para Sahabat dengan begitu teliti sebagaimana menyampaikan ayat-ayat daripada Al-Quran.
Ya Allah, aku memohon perlindungan dariMu daripada azabnya jahannam, siksa kubur, cubaan di kala mati dan fitnah dajjal. H.R. Muslim Untuk menghadapi segala fitnah akhir zaman kekuatan iman diperlukan. Inilah yg perlu diusahakan oleh setiap orang islam. Yakin dgn Allah dan amal dgn cara Nabi. Di zaman Nabi sendiri seorang sahabat telah bercerita yg dia telah pergi ketukang tilik dan tilikan yg dibuat memang telah terjadi. Nabi telah mengatakan silap/salah. Walaupun tilikannya betul terjadi, tapi ianya tetap salah. Akhir kata jangan biarkan iman kita di selebungi jerebu dunia dan jerebu akhirat. 2. Kutbah Jumaat Sekarang dunia telah maju dgn teknologi dan kemajuan sains. Semua maklumat dihujung jari. Dgn petikan click di satu button, maklumat dari satu dunia boleh didapati. Tapi kemajuan juga membuka laluan kepada keburukan nafsu manusia. Segala jenis keburukan boleh terbentang didepan mata. hanya dengan satu petikan. Maka tergodalah nafsu muda remaja utk mencuba hubungan intim sesama usia. Begitu juga yg tua - dunia kata pergi, kubor kata mari juga ada yg teringin membuat benda keji jijik dan jelik. Hanya iman sahajalah pendinding semua bala bencana. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Key-word hari ini ialah usaha keatas iman. Dgn imanlah segala fitnah akan dapat kita hadapi. Dengan segala keterbukaan didepan mata, yg betul dan salah hanya ditutupi dengan helaian yg nipis. Jadi bila tak tahu bertanya lah kepada yg alim dan arif, kalau tidak sesat jalan nanti. sesat didunia boleh berundur, tapi kalau sesat pegangan dan mati dengannya, alangkah ruginya. Menerima sahaja apa yg dikatakan orang pun tidak boleh, menolak semuanya juga tidak boleh. semuanya perlu disemak dgn quran, sunnah, ijma' ulama dan kias. Berilah masa kepada agama. solat berjemaah. majlis ilmu. quran. ziarah-menziarahi. Iman perlu dibenteng agar tidak lari meninggalkan kita tenggelam dilautan nafsu serakah dgn diuliti bisikan2 syaitan laknat durjana. MERDEKA kan diri dari belenggu syaitan dan nafsu ! p/s lope.....berburu kita dihujung minggu...
last modified Aug 26, 2005 at 16:28
|