|
Makan kenduri.
Haa....nak buat apa datang rumah aku ni ? Kalau boleh nak ajak pakcik ke masjid. Boleh sembahyang jemaah sama2. Ehhh...engkorang ingat aku tak sembahyang ker ?Aku pun sembahyang 5 waktu juga kat rumah ni. ehh...oohh...ya ker ! Nak tanya sikit la pakcik. Haa...apa dia ? Pakcik makan nasi tak hari2 ? Ya laa..mesti la makan nasi. Haa....tapi kalau orang ajak pergi makan kenduri ke rumah dia, pakcik marah tak ? Ehh....Nak buat apa marah pulak ? Haa...itu la pakcik, walaupun pakcik makan nasi hari2, takkan pakcik nak marah orang kalau dia ajak pergi makan kenduri rumah dia, betul tak ? Ha aaaa...betul ! Jadi walaupun pakcik dah sembahyang hari2 kat rumah, pakcik tak boleh laa marah orang ajak pakcik ke masjid utk sembahyang jemaah, sebab Allah suka kita ke masjid sebab tu disediakan banyak ganjaran pahalanya berbanding dgn kita sembahyang dirumoh sendiri. Betul juga tu...
last modified Aug 28, 2005 at 17:56
|