|
Bahasa berbunga2 .
Ada orang suka berbunga2 bahasanya. Ada juga yg mahu terus kepada maksud yang ingin disampaikan. Kalau ya, katakan ya, kalau tidak katakan tidak. Yes or No. Kosong atau Satu. Kata mereka tak payahlah nak berpusing2 cakap, bertamsil2 dan berbunga2. Jika ditanya " Jadi ke pergi seminar esuk ? " Tak payah lah jawap begini "Tak nampak jalan laa" Nanti akan dijawap " So...jadi pergi ke tidak ? " Kenalah jawap lagi "Tak nampak jalan tu, tak pergi laa jawapannya " Bagaimana yaa...kalau semuanya berkomunikasi tanpa berbunga2 bahasa atau berbasa basi lagi ? Bahasa memang memainkan peranan penting dalam perhubungan sesama manusia. Bahasa berbunga2 rasanya menceriakan lagi hubungan. Boleh mengurangkan tekanan dan ketegangan saraf dalam menghadapi masalah2 dunia. Tapi, mungkin kesibukan sehari2an menjadikan kita sudah tidak ada masa untuk berbahasa2 sesama kita. So...my dear, straight to the point !
last modified Sep 6, 2005 at 18:29
|