|
Dunia ni bulat dan benci tapi kasih.
Sekejap kita di atas, esuk lusa kita dibawah. Bila senang jangan lupa pada yg susah. Bila ada yg meminta2 berikan sahaja apa yg termampu. Jangan memandang hina orang begitu. Kerana tiada jaminan yg kita akan sentiasa senang sepanjang masa. Jangan ingat langit selalu cherah ! Bila datang tsunami, Rita, Katrina, gempa bumi, semuanya jadi sama. Hilang banglo atau semi-d hatta Taj Mahal sekalipun bisa menyembah tanah. Tiada lagi atap genting atau atap rembia. Semuanya jadi fakir miskin papa kedana, mengharap belas orang lain untuk mendapat sesuap nasi sehari2. Ingatlah selalu bahawa tiada orang yg boleh hidup bersendirian di dunia ni. Lambat laun akan memerlukan orang lain juga. Begitu juga bila mengata/mengutuk orang, biarlah berpada2, kelak kena batang hidung sendiri. Nanti jadi seperti mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yg lebih. Segala macam alasan tidak akan dapat menampung kemaluan dan kehinaan yg di alami ketika itu. Sebabnya mudah. Tiada yg lepas dari di uji di dunia ini. Kita disuroh bersabar dgn kerenah orang sekeliling kita, kerana kita sendiri tiada jaminan Maksum dari segala kejahatan. Jika ada orang melukakan hati juga kita diminta bersabar dan memaafkan. Memang hati ingin benci kepadanya, tapi alangkah besar ujian tuhan jika orang itu ialah orang yg perlu kita hormati dan sayangi. Apalah layaknya seorang anak utk membuka mulut menimbulkan isu ketidakadilan yg dilakukan oleh seorang ayah. Hanya padaNYA sahaja lah tempat untuk mengadu kesedihan dan kepiluan hati.
last modified Nov 7, 2005 at 22:15
|