|
Targhib dari seorang pesakit
Hj Fir semasa balik dari bercuti raya telah bercerita ttg lawatannya ke hospital kerana menzarahi kawan lama yg sakit. Ahmad asalnya dimasukkan ke hospital kerana kedua2 buah pinggang yg telah tidak berfungsi. Kemudiannya didapati valve jantung juga tidak berfungsi. Semasa Hj Fir melawat, terdapat seorang kawan lain yg juga datang menziarahi. Ahmad baru saja menjalani pembedahan utk menggantikan valve buatan dan juga menyelesaikan masalah saluran darah tersumbat. Ahmad membuka baju untuk menunjukkan segala tiub2 yg masuk kebadannya bagi membantu beliau utk sihat. Disamping itu sempat memberi tazkirah pada kawan2nya yg datang melawat: Semuanya hak Allah "Sebenarnya, hampa tau tak ? Baru sekarang aku paham, yg semua yang kita ada ni, memang bukan hak kita. Walaupun selalu ustaz2 dok habaq lagu tu. Tapi bila dah jadi macam ni, baru aku paham sikit. Semua yg kita ada ni, bukannya hak kita. Semuanya hak Allah yg boleh diambil bila2 masa saja. Harta, rumah, malah anak bini sekali pun boleh diambil bila2 masa saja. Hampa tau tak apa benda hak hampa sebenaq nya ? Hak hampa ialah apa amai2 yg hampa buat tu macam sembahyang, posa, zakat, sedekah dan lain2 tu itu lah hak hampa yg dok pi hantaq ke akhirat. Kat sana nanti itu lah hak hampa. Balasan melawat orang sakit Hampa semua datang melawat aku ni, aku bukan dapat apa pun. Hampa bawa makanan pun bukan aku dapat makan. Tapi hampa melawat aku ni, hampa lah yg untung, sebab dapat pahala, dan semuanya disimpan jadi hak hampa kat akhirat nanti." Sebelum Hj Fir dan kawannya nak berangkat balik sempat lagi Ahmad sambung : Maut tiba pada semua "Hampa jangan ingat aku kat hospital ni aku akan mati dulu. Tak tentu lagi. Tau2 hampa yg mati dulu dari aku"
last modified Nov 10, 2005 at 17:40
Pesanan Ahmad yang dipanjangkan Hj Fir yang kemudian bro. panjangkan di sini juga membuka kalbuku. Kemudian aku tersentak bilamana mengingatkan aku kepada betapa kasihnya aku akan yang ku katakan milik ku seperti duitku yang sedikit, rumah ku, isteriku, anak anak ku dan ayahdabonda ku.
Sedangkan itu semua milik Allah dan kita di pinjamkan untuk menumpangkan kasih kita.
|