|
Mari belajar tentang hakikat hidup.
Walaupun sukar menerima hakikat perpisahan tapi itu yg pasti dan pasti akan terjadi. Semuanya akan merasa, malah ada juga yg mengatakan pertemuan adalah permulaan untuk perpisahan. Bagaimana sayang dan kasih pada sesaorang pun, suatu hari kita akan berpisah juga. Jika tidak berpisah kerana tugas kerja atau apa2 urusan dunia, akan berpisah juga kerana dipanggil Yang Kuasa. Apalah lagi nak dikatakan tentang baju seluar dan keperluan2 seharian yg hilang ditelan proses bagasi yg lansung tidak boleh diharapkan ? Walaupun penuh nostalgia dan terikat dengan benda2 itu, inilah pelajaran kehidupan yg perlu dipelajari lagi dan lagi. Tiada suatu apa pun didunia ini yg kekal ! Kita sendiri pun tak kekal apatah lagi benda2 yg tak bernyawa. Mungkin juga perlu belajar utk 'travel light' untuk masa2 mendatang. Tak payah lah nak dibawa semua yg ada dirumah tu. Pesanan kepala kantor : "Clothing is cheap in Colombo, so maybe good excuse to change the wardrobe." Semalam ke House of Fashion. Mencari pakaian tambahan dan keperluan yg lain. Bagai cheap sale meriahnya dengan pengunjung. Rupanya disitu dijual barangan 'reject' dan juga barangan chiplak dgn harga yg murah. Stokin Puma, track bottom Nike, dan t-shirt jadi habuan. Bersama dgn kasut sukan yg dibeli di kedai Bata di seberang jalan, cukuplah rasanya keperluan utk menunaikan azam utk sessi2 mengempis dan memecahkan lemak2 berlebihan di badan. Dan deru angin dari lautan hindi yg membawa ombak2 memecah pantai Colombo memainkan alunan irama yg mengasyikkan untuk bersenamrobik dan ber jogging. Mari belajar bahasa Sinhalese. Ayubowan : Welcome / Hello / Good day Kahamade : Apa khabar ? Handai : Khabar baik / OK Hari Handai : Very good Istuti : Terima kasih.
last modified Nov 24, 2005 at 21:08
|