|
Bermalas2 dgn Mee Udang.
Rancangan untuk bermalas2 seminggu ini di penuhi dengan tugasan sukarela sebagai pemandu mem. Pagi SELASA dimulai dengan menghantar mem ke persidangan orang2 besar IT di PWTC. (Semua sidak CIO perintah bah). Disebelahnya sungai gombak mengalir lesu dan keruh... Acara kedua ke Jln Semarak. Dari PWTC ambil jalan ke Chow Kit Road. Kemudian ke Jln Ipoh dan ambil kanan ke TPCA/HKL. Dari situ terus ke Celcom Jln Semarak. Sim card zaman tok kaduk Emmartel di tukar dgn sim card 64K, cukup lah memory tu, utk talian yg jarang2 dipakai. Acara seterusnya, balik kerumah. Masuk ke jalan Tun Razak dan menghala ke Seremban. Sedap2 ambil laluan kiri utk masuk ke Jln Loke Yew, kereta di depan berhenti kecemasan. Dentuman dibelakang menceriakan hari itu. Keluar dgn malas dan buat pemeriksaan sepintas lalu. Sah kecacatan kepada bumper gue yg solid molid. Malas berpanjangan ditengah sesak kereta dipagi yg cerah, aku setuju aje utk berhenti di ruang lebih sesuai didepan. Setelah berjanji utk selesaikan tanpa melapur kemalangan walaupun ada pak polisi yg singgah sedia utk mengambil laporan, masing2 pun bergerak kehaluan sendiri. Rentetan peristiwa2 selepas itu membawa aku ke IKBN di Dusun Tua. Disitu, bayaran utk menukar bumper tak semahal yg diminta oleh si Gemuk kawan si AhFatt. Wah2, IKBN sudah bertukar rupa, dgn bangunan2 baru di sana sini. Masjid juga sedang dalam pembinaan. Seronok melihat adik2 belajar kemahiran mekanik jentera, mengimpal, mengecat dan sebagainya. Dizaman lambakan lulusan universiti di se entero malaya, pelatih2 berkemahiran seperti ini mudah untuk mendapat tempat di pasaran buroh. Jika ada modal, boleh buka bengkel sendiri. Penutup tempat minyak diambil utk contoh cat bumper. Untung saja, mem ajak tetamu pulang kerumah, maka Shuttle digunakan untuk jemput mereka sekeluarga di Pan Pac, kalau tidak sedan ke KL tanpa penutup minyak dan cacat bumper. Pagi tadi, panggilan dari IKBN menandakan masa utk membawa kereta bagi dipasang bumper yg siap di chat semalam. Mungkin bukan kerana bidang tugas harian, maka proses memasang mengambil masa yg agak lama. Setelah berkali2 katam Kosmo dan Utusan dari muka ke muka dan bercerita2 dgn jurulatih di pejabat bengkel, hampir jam 3.00 petang baru selesai. Bila melintas kolam air panas berhampiran pagar baru teringat yg lupa nak bertanya mereka ttg kolam itu. Masih boleh berendam ker ? Balik dari situ dgn perut yg lapar, singgah sebentar di Kg Melaka. Setelah sekian lama hanya melihat papantanda Mee Udang Utara, kini tiba lah masanya utk merasa. Tu dia, nalaaa punya udang dok ada dalam mee. Sekali pandang seperti Mee Bandung, dua kali senduk ternampaklah udang2 geragau. Tiga kali suap...waduh waduh amma. Sedap beb....Seperti biasa kicap musti menjadi teman. Malangnya, bila diminta kicap, tukang masak siap meminta maaf kerana disangka mee masakannya tidak cukup masin . Tak sempat nak membetulkan sangkaannya, kerana kicap bagi aku bukan sebab makanan tidak cukup masin. Tapi sungguh2 utk nikmat makan ! Noktah.
Memang sedap hingga licin pinggan aku perabis kuah dia.
last modified Dec 14, 2005 at 8:53
|