home
login::signup
we::blog

tak payah cuit lah.

mereka yg sembahyang jemaah secara masbuk selalu mencuit bahu orang yg mahu mereka imami. 
 
tapi perlu kah begitu ? 
 
********************************************** 
Tajuk: Makmum Terlewat 
 
Soalan: 
 
Saya adalah makmum masbuk ( makmun yg terlewat)sedang saya meneruskan rakaat yg tertinggal, tiba2 ada makmun lain yg lagi lewat datang dan mencuit bahu saya sbg isyarat saya sebagai iman kepadanya. Soalannya,apa yg perlu saya buat,sedangkan masa itu saya meneruskan rakaat yg tertinggal sbg makmun td,apakah perlu saya berniat pula sgb Iman dan bagaimanakah caranya? 
Terima kasih. 
 
Jawapan: 
 
Menjadikan seseorang yg menghabiskan baki sembahyangnya yg asalnya adalah makmum masbuk adalah sah tetapi janganlah dicuit akan orang yg mahu dibuat imam itu kerana tidak ada perintah cuit dalam masalah ini. 
Dan yg dijadikan imam pula sunat ia berniat sebagai imam supaya mendapat pahala berjamaah. 
 
********************************************** 
 
kalau dah berdiri sebelah kanan orang yg nak di imami tu, tak payah la nak cuit2 lagi. dah tau laa yg awak tu nak jadi makmum ! 
 
~

last modified Jan 24, 2006 at 2:21



[ add a comment ]