|
Selamat....
Jangkaan2 selalu membuahkan harapan. Selalu menjangkakan 'worst-case scenario' menyediakan kita terhadap kemungkinan yg berlaku. Dan bila berlaku diluar jangkaan, maka syukur bermain dilidah. Bibik yg dijangka akan hanya tiba seminggu lagi telah ada dimuka pintu. Akhirnya kuranglah beban untuk menguruskan kerja2 rumah yg amat mencuri masa yg banyak walaupun tidak sesukar mana untuk dikerjakan. Sekarang masa2 yg dikembalikan menunggu untuk di gunakan. Masa bagai ketulan ais, jika di letak di atas simen atau di letak di dalam gelas, pasti ia akan cair. Bezanya, jika di letak di simen. Siapa pun tiada menafaat. Tapi jika di letak di dalam gelas dan ditambah pula dengan sirap ros, tentu akan menghilangkan dahaga. Semua orang diberi masa yg sama. Tetapi hanya yang bijaksana selalu dapat meluangkan masa untuk fikir, risau, bimbang dan berusaha untuk meningkatkan diri didalam keimanan serta dapat menggunakan masa sebaik mungkin walaupun dalam kesibukan seperti orang lain juga. Yang bijaksini, hanya dapat memberi alasan tidak kecukupan masa untuk diberi untuk agama. Padahal semuanya bukan untuk sesiapa malah untuk kesenangan sendiri dimasa depan. Mungkin selepas mati,barulah ada masa lapang untuk agama. Agaknya kerehatan di dalam kubor, keselamatan di padang masyar, kesenangan melintas titian sirat dan peluang masuk ke syurga boleh kita beli dengan harta2 yg kita timbuni didunia ini ? Itupun kalau ada harta yg ditimbunkan, dapatlah di baham oleh orang2 yg ditinggalkan. . Kalau yg sibuk jugak tapi papa kedana, alangkah malangnya…… ************************************************* Jika perbuatan mencetak bahan bacaan boleh di jejak kepada syarikat, pengeluar hingga kepada penulis, tetapi untuk bahan yang di siarkan di alam internet ini bagaimana agaknya ? Dengan kemudahan menjadi si anonymous, memanglah sukar walaupun tidak mustahil untuk mencari punca2 bahan siaran di internet ini. Jika semuanya beremosi bila membaca bahan bacaan bercetak yg menyinggung perasaan, bagaimana dgn bahan2 di internet ? Pada siapa hendak kita suarakan kemarahan kita ? Bendera siapa hendak kita bakar ? Bangunan mana hendak kita serbu ? Pada siapa hendak kita melakukan tunjuk perasaan ? Dalam kita kutuk dan caci pencetak bahan2 tersebut, secara diam2 kita membuka carian goggle dan mencari bahan2 tersebut di internet. Dalam diam2 kita sebarkan kepada kawan2 internet. Dalam diam2 kita juga jadi penyebar bahan2 tersebut. Tapi awas, nanti rumah kita diserbu. Kereta kita dibakar dan kedai kita tidak ada pelanggan. *************************************************** Disuatu malam jumaat yg indah. + : Assalamu'alaikum. $ : Walaikumsalam + : Bang, kami datang dari surau. buleh bagi masa sikit. Ini ada kawan saya nak cakap. $ : Ni..ni..datang tentang apa ni ? + : Kami datang dari surau. Nak cakap pasal agama sikit. $ : Ni..ni... Saya dah biasa dah dengar benda ni di kampung. Tak payah laa ya... Saya dah biasa dah....tak payah..tak payah..nak cakap2 ni..... +: Oh yaa..ker...terima kasih ya. Bersorak gumbiralah syaitan laknat durjana. Berjaya menutup pintu rahmat dari sampai kepada tuan rumah. Berjaya memutuskan silatuhrahmi antara manusia2. Berjaya melupakan manusia bahawa ingat memperingati itu menafaat untuk orang mukmin. HAHAHAHAHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
last modified Feb 5, 2006 at 19:31
|