|
Mengapa orang mempermainkan agama kita ?
Orang berani mempermainkan sesaorang kerana yakin yg dipermainkan itu lemah, tidak berani melawan ataupun tiada kuasa untuk melawan. Si pemain merasa boleh mempermainkan orang kerana orang yg dipermainkan itu dirasa lemah dan tidak dapat perbuat apa2. Cuba kita lihat perbandingan antara harimau dan patung harimau. Siapa yg berani mempermainkan harimau ? Mungkin hanya harimau sarkas sahaja yg boleh dipermainkan. Itu pun oleh para ahli sarkas. Cuba disuruh penonton untuk mengarah2 atau bermain dgn harimau2 sarkas. Tentu semua akan mengelak dari dipanggil ketengah gelanggang. Kalau harimau di zoo atau yg berada di hutan tu, jangankan terlepas, hanya mendengar ngaumannya sahaja pun, semua akan lari menyelamatkan diri. Tapi bagaimana pula dengan patung harimau ? Yang ni, bukan kata orang2 dewasa, budak2 pun berani nak mempermainkan nya. Semua berani nak menyepak dan menendang patung harimau. Apa bezanya antara harimau2 itu ? Bezanya ialah harimau betul ada ruh/nyawa, sedangkan patung harimau tidak bernyawa/ruh. Jadi, sebab orang2 berani mempermainkan kita dan agama kita ialah kerana kita semua tiada lagi ruh/nyawa agama. Agama hanya tinggal pada nama sahaja. Tinggal di masjid, dikubur, dimajlis akad nikah dan majlis tahlil.Selain dari itu agama sudah tiada tempat dalam kehidupan. Jadi tidaklah menjadi kehairanan jika kita melihat semakin ramai yg berani mempermainkan kita atau agama kita. Jawapan nya ada pada orang2 yg beragama itu sendiri. Jika amalan agama sudah menjadi adat dan tiada ruhnya, maka tiadalah kehebatan kita dimata dunia. Semuanya jadi seperti patung harimau, yg dipermainkan oleh hatta kanak2 sekalipun.
last modified Feb 6, 2006 at 8:24
|