|
Tuan di Colombo.
Agak menghairankan bila melihat salah seorang client yg akan dijumpa hari ini mempunyai nama yg bermula dgn 'Tuan'. Tandatanya terjawap bila beliau sendiri mengesahkan yg dia keturunan melayu yg nama bapanya juga bermula dgn 'Tuan'. Berikut maklumat melayu sri lanka dari Tuan Rishan Ahamaden. ----------------x-----------------------------x-------------- Orang Melayu yg ada di Sri Lanka datang pada zaman perang. Mereka telah bermastautin disini dan menjadi rakyat Sri Lanka. Ada beberapa kawasan yg menjadi tempat perkampungan orang melayu di sini. DI Slave Island ada Malay Military Mosque. Disitu juga ada Malay Lane dan Java Lane yg asalnya didiami oleh 100% orang melayu. Sekarang hanya tinggal beberapa kerat sahaja keturunan2 melayu di situ. Di Jawatha terdapat kawasan perkuburan yg dipenuhi dgn kubur2 org2 melayu. Di Colpety juga ramai keturunan Melayu. Disini juga ada kelab melayu yg dulunya selalu membincangkan betapa gahnya org2 melayu disini. Ada satu ketika, semua ahli satu pasukan bomba di sini terdiri dari org melayu. Namun orang melayu di sini kian hilang identiti. Orang2 tua sahaja yg masih boleh berbahasa melayu sri lanka. Yang muda2 berbahasa inggeris atau singahalese walaupun dengan keluarga dirumah. Mereka juga telah bersosial dn mengikut arus perkembangan semasa yg tidak asing dgn pergaulan sosial dan sebagainya. Ramai yg sudah tidak boleh mengaji dan tidak sembahyang. Mengikut kata pakcik Tuan Rishan Ahamaden sendiri, 10 tahun lagi, orang melayu sri lanka akan pupus. ----------------x-----------------------------x-------------- Menu sarapan di Galadari sudah rutin. Ada menu Barat, menu tempatan dan menu India.
menu biasa.
kirabathi imbol (milk rice with coconut) dgn kuah lemak kuning seakan kuah lodeh dan juga hirisan daging goreng.
last modified Feb 21, 2006 at 19:08
nasib Melayu hari ini... :(
|