|
Geylang Serai Market No More.
Pasar Geylang Serai di tutup mulai semalam untuk pembangunan semula kawasan berkenaan. Bangunan baru di tapak asal dijangka siap pada 2008. Penjaja Pasar Geylang Serai akan beroperasi di tapak sementara dekat Stesen MRT Paya Lebar. Sesiapa yg ke Kota Singa terutama bulan Ramadhan tentu pernah merasa kemeriahan disitu. Kemeriahan terasa terutama di malam sebelum Hari Raya dimana peniaga akan melelong barangan jualan dgn harga murah. Dari kunjungan pertama di tahun 1989 dulu bila di bawa mem menjelajah Temasik, memang terasa disitulah tumpuan orang2 melayu. Banyak makanan melayu disitu. Segala macam keperluan orang melayu boleh didapati disitu dan Komplex Joo Chiat yg berdekatan. Sempat juga ke Tanjung Katong Complex yg berdekatan. Tetapi walaupun dicari2, tapi tidak pula ketemu air biru dimana2 seperti bait2 lagu Di Tanjung Katong. Dan bukan bait Geylang si Paku Geylang yg terbayang semasa di kawasan ini, tetapi bait2 Tanjung Katong yg lebih terkesan. Di Tanjung Katong airnya biru Di situ lah tempat mencuci mata Duduk sekampung lagikan rindu Kononlah pula nun jauh di mata. Kalau tidak kelapa puan Tidak puan kelapa bali Harap2 pada puan Kalau tak puan siapa lagi ! Kiri jalan kanan pun jalan Ditengah pohon melati Kirim jangan pesan pun jangan Kalau lah rindu datang sendiri Putik pauh delima batu Gengam didalam tangan Puan jauh berbatu2 Hilang di mata dihati jangan
last modified Feb 27, 2006 at 19:37
Saya juga pernah merasa rojak singapore yg lazat di geylang serai.
kini tinggal kenangan ya...
tapi, walau pasar lama takde, tapi rojak tetap ada...
ah! terlalu banyak kenangan masa kecil dan zaman remaja saya di pasar geylang serai. kalau melawat nenek dan sepupu sepapat di geylang, pasar itulah yang menjadi tumpuan kami. teringat rojak singapura yang lazat di pasar geylang. walaupun nenek dan saudara mara yang lain telah lama berpindah ke tampines, jurong dan toa payoh, geylang tetap dalam ingatan.
|