home
login::signup
we::blog

Korban anak atau kambing ?

Mutiara2 pengetuk hati dari Brunei Masturat Jamat di Legenda Emas. 
 
Asar Sitting Talk. 
 
Kewarasan ialah bila dapat membezakan antara keperluan dan tujuan hidup. 
 
Seorang lelaki mempunyai anak dan kambing2. 
 
Kambing dibela sebagai keperluan hidup. Sudah tentu tujuan seorang ayah ialah membesarkan anak dengan cukup segala makan pakai dan tempat tinggal. 
 
Maka, adalah tindakan yg waras bila anak sakit, maka si ayah korbankan kambing dgn menjualnya, untuk mendapatkan ubat untuk si anak. 
 
Dan adalah sangat tidak waras bila kambing sakit, si ayah menjual anak untuk mendapatkan wang bagi mengubati kambing ! 
 
Sekarang cuba fikirkan tujuan utama kehidupan kita. Apa sebenarnya tujuan asli kita dihantar kedunia ini. Dari mana kita ? Kemana tujuan kita selepas dunia ini ? Dan atas urusan apa kita disini ? 
 
Dan fikirkan apakah keperluan kita hidup di dunia ini ? 
 
Dan tukarkan lah  
 
anak = tujuan asli kita disini  
 
dan 
 
kambing = keperluan2 kehidupan 
 
Dan sendiri semak lah, mana yg kita dah korbankan untuk apa ? 
 
Korban anak atau korban kambing ? 
 
Sendiri jawap lah......

last modified Mar 6, 2006 at 17:47



[ add a comment ]