|
Sentul sudah putih ?
Sentul records big drop in crime Walaupun lama tinggal di Sentul, tidaklah pernah aku merasa kawasan itu tidak selamat dan berbahaya. Tetapi bagi orang luar, Sentul sering dicap sebagai kawasan gelap (Black Area). Mungkin ada kaitan dgn sebilangan penduduk yg tinggal di kuarter KTM dan bekerja di Workshop KTM dan menjadi pelanggan Toddyshop yg gelap2 belaka...? Entah la...tapi ada la juga bila sebut aje dari Sentul, orang pandang atas bawah. Tapi rasanya, hanya samseng mengenal samseng ! Memanglah tak dinafikan yg segala macam keberanian dan kesamsengan boleh dijumpa disini. Ada yg tanam ganja di belakang rumah. Mat2 burger adalah tempat fav mat fit cari supply. Gaduh2 perkara biasa laa..Atan pernah tahan bas SriJaya, sebab langgar budak. Dia bawa kayu nak bedal driver bas tu. Pergaulan bebas perkara biasa. Dengan terdirinya kawasan2 perumahan spt Datu Senu dan Bandar Baru Sentul, maka bertambahlah kegiatan2 sosial para remaja. Rumah bujang menjadi tempat port. Yg lelaki melawat rumah perempuan. Yg perempuan pun ada yg port rumah lelaki. D8 & D9 sering berlegar2 dikawasan2 perumahan. Selepas tamat belajar, aku lepak dgn member jual burger. Sambil tu partner dgn dia utk berniaga air di siang hari. Satu mlm tu, lepas berkemas2 bahan2 berniaga, aku lepak di gerai tu dgn kawan2 lain. Partner aku entah kemana. Tiba2 aku lihat budak2 bertempiaran lari, dan ada dua tiga orang sedang kejar mereka. Aku yg jahil dgn situasi sebegitu hanya duduk diam saja. Tiba2...dua tiga orang datang kegerai dan minta IC dan tanya berbagai2 soalan spt kenapa aku disitu, tinggal dimana dan sebagainya. Aku yg tak pernah kena macam tu, hanya mampu bertanya2 dalam hati, apa pulak ni...apa hal ni. Rupanya mereka ialah matbond yg tengah buat operasi sapu bersih. Habis diangkutnya budak2 yg lari bertempiaran tu, termasuklah aku yg masih terpinga2 dan tertanya2 kenapa aku dibawa ke balai. Di balai, semua disuruh mencangkung dalam barisan. Setelah semua diambil keterangan dan diperiksa samada nama ada didalam rekod jenayah polis barulah kami dibenarkan pulang. Kira2 jam 2 pagi kami2 yg tiada apa rekod jenayah dibenarkan pulang berjalan kaki dari Balai Polis Sentul utk balik ke rumah masing2. Pukul 2 pagi ! Mangkuk hayun betul. Dah la tak pasal2 tebal muka kena angkut dgn van didepan khalayak ramai, disuruh balik sendiri jalan kaki pulak di pagi buta. Dah lu orang angkut, lu orang antar la balik. Bahlul ! Mangkuk Hayun ! Mengong punya matbond ! Bila aku ceritakan pada seorang kawan di Wangsa Maju, dia pun cerita pernah kena cekup juga begitu. Dan ada sekali dia melihat van/trak matbond yg angkut dia kebalai, mengalami kemalangan dan masuk longkang. Dia ketawakan dan kata "Padan muka lu orang". Pemutihan Sentul dijangka akan terjadi, kerana penduduk2 gelap telah disingkirkan dengan pengambilalihan kuarters2 KTM oleh YTL untuk dibangunkan dgn kondominium dan apartment mewah. nota : cerita ini bukanlah menandakan ketidakcekapan dan ketidakperihatinan para2 matbond, hanyalah luahan ketidaksenangan aku pada para2 matbond yg kaki rasuah, cari makan dgn menjadi bouncer pada para tunasusila dan kawasan2 belakang mati. mengutip wang perlindungan dari kedai2 gunting serta premis yg punya pekerja2 asing dgn janji premis2 mereka tidak akan dilakukan operasi sapu bersih. takde kena mengena pun dengan kejadian yg menimpa aku ? ye betul. tapi ramai lagi kawan2 matbond aku yg bersih dan dapat menolak segala ujian2 rasuah wang dan wanita. ada yg tersingkir dari pasukan dan ada yg cemerlang dalam kerjaya. syabas !
last modified Mar 13, 2006 at 21:03
|