|
Ruang sendiri
Sebagai orang tua, kita merasa perlu membentuk anak2 mengikut acuan yg kita rasa baik untuk mereka. Dan kita juga ingin memberikan masa untuk bersama dengan mereka sebanyak mungkin. Tetapi anak2 juga perlu diberi ruang untuk mereka bersendirian dan tidak hanya berkepit sahaja bersama orang tua. Teman sekerja yg selalu bercerita tentang keluarga dan anak nya, memberitahu, yang anaknya yg seorang itu sudah pandai menghabiskan masa bersendirian. Dan selalu berkata padanya, ‘ Mom, pergilah masuk bilik, tak payah nak duduk dengan saya’. Dan ianya berlaku didepan mata semalam, bila Along meluahkan perasaan setelah berlaku sedikit sessi yg menyakitkan mata dan memedihkan telinga. Dan antara kata2nya, ” I need my own space, jangan lah terlalu mengongkong saya ! ”
last modified Apr 6, 2006 at 21:29
|