|
Bila kapal dah tiba di pelabuhan...
Bila kawan2 bertanya, bekas boss di kuching dahulu mengapa dia bertukar ke Kuala Lumpur, alasan nya ialah, kapal telah tiba di pelabuhan, kalau tak naik, mungkin entah bila ada peluang belayar. Kita sememangnya tidak tahu. Semuanya rahsia di atas sana. Dimanakah butir beras yg akan kita makan esuk ? Di mana agaknya, titisan air yg akan kita hirup malam esuk ? Yg punya keyakinan tinggi yakin bahawa HANYA YG MAHA KUASA yg akan mengerakkan seluruh Alam. Tiada halangan dari segi duit, masa atau tenaga. Jika di kehendaki nya, kita akan berada dimana sahaja. Bagi yg punya tujuan bekerja untuk agama, ini lah tunjang keyakinan. Yg perlu hanyalah memberi kesanggupan untuk kemana sahaja yg ada keperluan agama. Selain dari itu di serta kan dengan usaha menyimpan sebanyak boleh untuk keperluan diri dan anak isteri serta memohon cuti dari majikan. Yg pasti, tiada daya upaya untuk menyampaikan ke tempat tuju, melainkan dengan kehendakNYA jua. Bukan dgn duit, bukan dgn cuti dan bukan dgn kudrat tenaga. Jadi akhirnya.... jika ada butir beras yg tertulis nama lu orang di China minggu depan, pasti dan pasti lu akan berada di sana, mahu atau tidak. Sekian. Wassalam.
last modified May 10, 2006 at 3:38
|