home
login::signup
we::blog

Sura Rumah ?

Kerja2 menguruskan rumah bukanlah sesuatu yg mudah. 
 
Walaupun namanya menguruskan rumah, tetapi antara ruang lingkup kerjanya ialah urusan persekolahan anak2 dan urusan belibelah barangan runcit harian.  
 
Manakala urusan makan minum, pakaian dan kebersihan rumah adalah antara rutin harian yg perlu di bereskan. 
 
Dan termasuk juga urusan yg perlu dibuat ialah sebagai pemandu. Menguruskan pengangkutan ke sana ke sini. 
 
Peranan 'Jack of all trade', Mr DIY dan Mr Fix-it diperlukan untuk kerja2 elektrik dan plumbing buat menyelenggara wear-and-tear rumah.  
 
Skil jahit menjahit juga perlu ada. Tak payah lah nak cari tukang jahit utk menampal sofa yg bocor atau jeans lusoh yg selesa di pakai tapi telah koyak di lutut. Semua buleh di buat sendiri jika cukup peralatan nya.  
 
Pokok2 bunga dan tanam-tanaman perlu di siram dan di belai selalu. Bila berjasa pada tanah, dapatlah hasil belimbing besi atau mangga Nam Dok Mai. Buah Delima pun nampaknya dah berbunga sakan. 
 
Urusan rumah mmg perlbagai dan oleh itu perlukan pelbagai kemahiran. 
 
Untuk para suri rumah tangga sepenuh masa, wa tabik lu orang ! 
 
Untuk para suami melepak harap duit bini, urusan rumah pun harap bini buat, baik buang la lu orang punya kulit muka ! Biar tinggal tengkorak aje.

last modified May 14, 2006 at 20:47



[ add a comment ]

sesungguhnya, suri itu sesuatu yang indah, tak terjengkal dek akalmu....segala yang murni adalah suri itu....bila lah boleh jadi suri nie????

154271 | posted by durianbelanda on June 5, 2006 at 18:18