home
login::signup
we::blog

Kita belajar....

Sedang makan selepas pengajian bahasa arab, seorang bercerita ttg dia selalu Jumaat di Masjid "Potong Kepala". Tapi katanya, sejak 2 tahun disini, tak pernah dia jumpa hukuman dijalankan. 
 
Ustaz sangkal dan kata hukuman bukan dijalankan hari Jumaat sahaja. Hari2 lain pun ada. Beliau sendiri selalu lihat semasa mengajar dikawasan penjara disitu. Kalau nak tahu ada hukuman nak dijalankan, lihat kalau2 askar/polis datang ramai di kawasan itu, nescaya adalah hukuman akan dijalankan selepas Zohor. Maka yg tahu tu, mula lah telefon kawan2 lain untuk tenguk sama. Tapi ada yg kata, buleh pengsan, kalau tak tahan tenguk hukuman tu. 
 
Ust cerita pernah sekali, 3 orang dihukum satu hari. Ada sekali, seorang perempuan dihukum. Ramai orang rasa kesihan, termasuk lah Ustaz. tertanya2 kenapa dia dihukum bunuh. Sudah memang menjadi aturannya, setelah hukuman di jalankan, barulah kesalahan org dihukum itu dibacakan. Jadi tak sabarlah semua nak tahu kesalahan perempuan itu. Rupanya, perempuan itu adalah isteri kedua dan kesalahan beliau ialah kerana mengikat anak tiri dan membakar nya di dapur. Bila dengar begitu, semua geleng kepala, ehhh….tak buleh lah kahwin dengan org arab, macam ni. 
 
Kami yg mendengar bertanya lah itu ini ttg hukuman pancung tu. Adakah tukang pancung ditutup mata ? Orang mana yg ramai di hukum ? Tempatan ke orang luar ? Kata Ust, hukuman di buat dgn cepat, tukang pancung kalau tutup muka, mana nak nampak tempat pancung ? Yg ramai, org luar yg menyeludup dadah.  
 
Masuk pula hukuman rejam. Ustz cerita kisah 3 orang perempuan yg dihukum rejam pada satu hari. Seorang org Indonesia, seorg Turki (kalau tak silap) dan seorang lagi org tempatan. Sebelum dihukum, hakim bertanya kepada pesalah. Benarkah dia bersalah berzina dan akan direjam ? Ust jadi tukang terjemah dan tanya perempuan itu. Walaupun semasa di mahkamah, 3 kali ditanya, beliau mengaku berzina, tetapi hari itu beliau tidak mengaku sambil menangis dan kata tak mau direjam, beliau mahu mati di Indonesia. Beliau kata bukan berzina tapi sebenarnya di rogol. 
Bila hakim dengar begitu, maka hukuman ditangguhkan. 
 
Bila ditanya pula kepada perempuan Turki, kawan Ust jadi penterjemah. Beliau pula kata, bukan berzina, sebab "keris tak masuk sarung", hanya sedikit shj. Hukuman beliau pun ditangguhkan juga. 
 
Hukuman perempuan tempatan pun ditangguhkan juga, tapi sebab nya Ust dah tak ingat. 
 
Ust pun beritahu yg hukuman2 hudud yg dijalankan bukannya mudah, mcm hukuman rejam utk penzina. Kecuali cukup saksi dan ditangkap atau pengakuan dari yg bersalah aje baru hukuman dijalankan. 
 
Sahut pula seorang kawan, "Ibu bapa yg suruh anak yg berzina kahwin tu subahatlah sebab nak tutup kesalahan".  
Ust kata "Tidak". Setiap org kena tanggung dosa sendiri. Dan di dalam islam, kita dianjurkan menutup kesalahan. Spt kisah dizaman Nabi. Betapa Nabi tak mahu menghukum, tapi kerana taubat dan insaf dari pesalah yg tak mahu dihukum di akhirat, sanggup hadapi hukuman di dunia. Siapa yg begitu, nescaya segala dosa nya di ampunkan spt sahabiah itu. Siapa yg kena percik darah beliau pun hapus dosa. 
 
Kalau tidak bertaubat lah atas segala kesalahan. 
 
Dan hukuman hudud hanya buleh dijalankan oleh pemerintah, bukannya orang awam. Bukan buleh kita jumpa org berzina, lepas tu pakat rejam ramai2. 
 
Sahut seorang lain, "Kalau begitu cantik undang2 islam, kenapa susah nak dijalankan oleh negara2 islam ?" 
 
Ust kata jika pemerintah tidak jalankan hukum hudud maka kesalahan atas mereka. Mereka buleh tergolong dalm 3 golongan samada kafir, zalim atau fasik. Ust ingatkan itu perlu huraian panjang lebar lagi tu, bukan main hentam aje menghukum pemerintah begitu begini. 
 
Walaupun entah berapa kali Ustaz ingatkan hari dah lewat, esuk nak kerja, perbincangan bertambah2 hingga ke bab sembahyang, wudhu. 
 
Akhirnya mengingatkan pentingnya amalan solah, Ustz kata nanti kita bincang semasa pengajian di pusat dakwah hari selasa, kalau tidak nescaya tidur rumah Ustaz semuanya malam tu.

last modified Jul 16, 2006 at 8:20



[ add a comment ]

dapat ilmu sikit dari sini. terima kasih

155029 | posted by zaza on July 19, 2006 at 12:58