|
Jumaat yg sibuk
8:00 am Pagi2 lagi Hj dah call, ajak berendam di kolam. Dia kata Ust akan join sekali. Malas mula nya, tapi memandangkan air di pili malu2 nak keluar (begitulah sekurang2nya seminggu sekali) pergi juga la. Sarung swimmingtrunk dan seluar apek dan off me go to swimming pool. Siap pakai goggle dan kapit hidung lagi. Sampai kolam, as usual, hanya hj dan suhai aje. setelah salam2 dan kaif alhal apa indah, terjun..... 11:10 am Hj call utk ke masjid. Gua ok aje. Istinjak dan wudhu dgn apa air yg ada aje. Turun bawah, Hj dah ready dlm Fortuner. Bila masuk, Hj kata tunggu Ust datang. Baru cakap aje, dah nampak Ust tiba dgn Merc nye. Walaupun Hj nak ke masjid yg dekat, tapi Ust ajak ke masjid yg biasa dia pergi. Katanya, Imam disitu call dia, kata lama tak jumpa. Mmg pun dah 2 minggu Ust tak kesitu. Dan dia tanya jugak orang2 M'sia yg selalu dia jumpa. Selepas Jumaat, Ust suroh tunggu Imam keluar. Bila jumpa, Imam ajak ke kereta dia. Rupanya ada hadiah.. Rotab dan keffiyeh... dia bagi dua kotak rotab dan 2 keffiyeh. Ust tanya dah ada ke belum ? Gua cakap yg benar aje la, mmg belum ada lagi. Ust pun hulur ...heheheh... Hj pun ok aje, mcm setuju. Satu lagi ust kata kecik...so dia simpan utk dia sendiri. Dia kata, ada lagi kat rumah dia...mungkin nak offer pada Hj kot..(mungkin laa...ekk...takde la guilty sangat gua ambik yg satu tu) Rotab tu Ust ambik satu dan satu lagi bagi dua la dgn Hj nanti. Keffiyeh
Rotab
Lepas tu, Ust ajak ke restoran Thailand di Batha. Namanya Kruathai. Haaa....ada rezeki makan tomyam hari ni..Rupanya Ust dan Hj ada agenda lain. Nak bincang pasal ttg nak buka restoran Malaya. Diorang bercadang nak ambil mudir dan staff situ utk kerja nanti. Sambil makan, tanya gitu gini la Ust dgn bahasa siamnya. Sekali sekala Hj mencelah dgn Inggerisi nya, gua sibuk makan la beb... dah dekat sebulan tak kena tomyam nih. Lepas makan ada agenda lagi. (Gua ingat nak balik dah...perut sudah penuh... tadi pagi tak sempat ke sungai ! lagi pun sungai kering kan) Bawa ler dua orang siam tu, ke premis restoran malaya tu. Rasanya, Ust nak suroh diorang tu buat preparation utk buka restoran nanti. Bagus tempat nya, dan pakcik2 siam tu pun puji2 dgn kawasan makan dan dapur yg hebat. Didalam ada tempat makan sebelah kolam mandi lagi... Nampak buah kurma 2 biji yg merah dalam gambar diatas tu? Inilah pokoknya, di depan bakal restoran malaya.
Bakal Restoran Malaya.

last modified Aug 5, 2006 at 3:57
|