home
login::signup
we::blog

Old habits die hard II.

Orang yang tidak punya maklumat akan menjadikan orang yang lebih alim (berilmu/mengetahui) sebagai sandaran. 
 
Maka itulah adanya pegangan mahzab sebagai sandaran orang awam yang tidak berilmu. Bersandar kepada ilmu para fuqaha dan alim. 
 
Tetapi jika sesaorang yang punya ilmu dan mengetahui sumber Quran dan sunnah Nabi, maka beliau sebenarnya buleh beramal dengan ilmu yang ada dan tidak perlu bersandar pada sesiapa. 
 
Tetapi di dalam suasana masyarakat yang sudah dididik dari kecil dan 'taksub' untuk meng'agungkan' ajaran ulama tertentu, tentulah sukar untuk menerima ajaran yang berlainan dengan amalan masyarakat setempat. Apalagi, jika dikatakan yang terdapat kesilapan pada ajaran ulama2 tersebut, maka tentu ada yang tak percaya dan tidak mahu menerima hujah2 berkenaan. Sedikit sangat yang ingin benar2 mencari maklumat selanjutnya untuk mengetahui perkara sebenar. Pada umumnya, semua seolah2 menganggap, jika seseorang yang telah di iktiraf sebagai seorang ulama besar dan telah menulis kitab2 muktabar, tentulah tiada cacat celanya kitab2 tersebut. Para ulama itu tidak mungkin tersilap dan setiap patah perkataan didalam kitab perlu di ikuti ! 
 
Sayang sekali, perkembangan teknologi maklumat yang membolehkan maklumat diperolehi dihujung jari, masih tidak dapat mengubah cara pemikiran masyarakat. Sedangkan ajaran agama itu sendiri sangat menitikberatkan usaha mencari ilmu. Dan kebenaran hanya akan terserlah dengan cahaya ilmu.  
 
Ini semua kerana amalan2 yg sudah sebati dalam masyarakat sangat sukar di ubah walau sudah jelas kesilapannya sekali pun. Old habits die hard !

last modified Sep 11, 2006 at 14:41



[ add a comment ]