|
Menjelang Ramadhan Al Mubarak
Hazrat Salman r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'baan: Wahai manusia ! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam (Lailatulqadar) yang terlebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah s.w.t telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai amalan fardu dan berdiri pada malamnya (berterawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana2 amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan2 yang lain dan sesiapa yang menunaikan fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan2 lain. Ia adala bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang2 yang beriman. Sesiapa yang memberi sesaorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa2nya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun dari ganjarannya. Sahabat2 r.a lalu berkata " Tidaklah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang berpuasa untuk berbuka" Maka Rasulullah s.a.w bersabda " Allah s.w.t memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Ia adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba2nya (pekerja2nya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka. Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain dari Allah s.w.t (zikir Lailahaillallah) dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana2 orang yang berpuasa maka Allah s.w.t akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat) dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga . ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ And Allah knows best !
last modified Sep 17, 2006 at 21:45
|