|
Iftar
Bermula ramadhan, tumbuh khemah2 disamping masjid2. Ust sudah lama mengajak Hj untuk iftar di Uni King Saud. Iftar di sediakan oleh Tok Arab sepanjang bulan puasa. Ada tiga khemah disediakan. Tiap satu untuk orang yg berkongsi bahasa yakni melayu, urdhu dan arab. Hanya hari ketiga puasa baru dapat kesana. Di sana ada meja2 di luar khemah, menyediakan makanan ringan seperti samosa dan tamar. Ambil satu bungkus dan terus ke khemah. Di dalam khemah telah sedia saprah panjang. Dan di situ juga disediakan air kotak, tamar, air mineral dan juga susu. Itulah juadah berbuka bila azan di laungkan. Selepas solat maghrib di masjid yg terletak di seberang jalan, semua kembali ke khemah. Di setiap khemah, kuliah2 agama diberi mengikut bahasa masing2. Di khemah melayu, Ust Faiz memberi kuliah ttg puasa. Yg ramai hadir ialah orang Indonesia. Orang Malaysia hanya beberapa kerat sahaja. Sedang semuanya duduk mendengar, pak Arab tuan rumah sibuk membahagi2kan air, epal, susu dan nasi kabsah bungkus lepas satu, satu. Kemudian ada pula bungkusan2 yg diletakkan didepan Ust. Ust memaklumkan kepada semua yg bungkusan2 itu adalah hadiah untuk sesiapa yg dapat menjawap soalan2 Ust setelah habis kuliah. Jadi semua kena tumpu perhatian pada kuliah yg diberi. Ceria semua hadirin ! Majlis jadi meriah dan hidup dgn semangat hadirin utk mendapat hadiah. Berebut2 yg hadir nak menjawap soalan2 Ust. Nasi Arab - Kabsah disediakan juga disitu. Dgn 2 dulang nasi, maka berhimpit2 lah lebih kurang 30 orang untuk makan. Tapi akhirnya, nasi yg sebanyak itu pun tak habis di makan dan masih bersisa di dulang. Memang nafsu untuk makan dibulan puasa ini menjadi2 tetapi bila berbuka tak banyak mana pun yg dapat di makan. Dan paginya, kabsah yg dipanaskan di dalam oven menjadi juadah bersahur.
last modified Sep 26, 2006 at 17:46
|